Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasingkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELEBUR

Melebur ialah kaedah mengasingkan logam

daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan

dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk

membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan

10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur

dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas

panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini

membakar kok dan menghasilkan gas serta haba

yang perlu untuk menurunkan besi daripada

mineral oksidanya di dalam bijih dan juga

membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur

dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus

(lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari

bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan

dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas

untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan

tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang

mengandungi besi).

UMUM 
METALURGI

Metalurgi ialah sains untuk mengasingkan

logam daripada bijihnya dan menyediakannya

untuk digunakan. Semua objek logam yang kita

gunakan adalah hasil kerja metalurgi. Logam

mengalirkan elektrik ke rumah dan kilang, dan

menjadi rangka bangunan pencakar langit. Kereta,

kereta api dan kapal terbang dibuat daripada

terutamanya logam. Begitu juga kebanyakan

peralatan. Industri dan pembuatan tidak mungkin

wujud tanpa menggunakan logam. Metalurgi

terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu

metalurgi ekstratif atau metalurgi proses; dan

metalurgi fizikal atau metalurgi aloi.

UMUM 
BIARAWAN

Biarawan ialah lelaki yang mengasingkan diri

daripada cara hidup biasa untuk mengabdikan diri

kepada agamanya. Biarawan memainkan peranan

penting dalam agama Kristian, terutamanya

dalam gereja Roman Katolik dan Ortodoks Timur.

Biarawan atau sami juga penting dalam agama lain

seperti Buddha, Jainisme, dan Hindu.

UMUM 
ELEKTROFORESISKaedah biologi yang digunakan untuk menganalisis protein dan asid nukleik (DNA dan RNA). Kaedah ini juga digunakan untuk mengasingkan komponen protein dan asid nukleik yang membolehkan kajian komponen sesuatu protein dan asid nukleik dilakukan. Terdapat beberapa jenis elektroforesis, iaitu elektroforesis satu dimensi, elektroforesis dua dimensi, dan elektroforesis kapilari....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
RAMSAY, SIR WILLIAM

Ramsay, Sir William (1852–1916), ahli kimia

Scotland. Dia bersama Baron Rayleigh,

mengasingkan gas nadir atmosfera, yang pertama,

iaitu argan.

UMUM 
KEBIARAAN

Kebiaraan ialah satu bentuk khas tentang cara

hidup komuniti agama. Mereka yang mengamalkan

kebiaraan mengasingkan diri daripada kehidupan

biasa, jadi mereka boleh mengikut ajaran agama

mereka sesempurna mungkin.

UMUM 
PROTAKTINIUM

Protaktinium ialah unsur kimia dan logam

radioaktif yang tergolong dalam siri unsur aktinida.

Dua kumpulan ahli sains telah mengasingkan unsur

ini pada tahun 1917. Mereka ialah Otto Hahn dan

Lise Meitner dari Jerman, dan Frederick Soddy dan

John Cranston dari Great Britain. Protaktinium wujud

secara semula jadi dalam semua bijih uranium. Ia

juga dihasilkan secara artifisial dalam reaktor

nuklear dan dalam pemecut zarah.

UMUM 
SELENIUM

Selenium ialah unsur kimia separa logam. Secara

semula jadi ia paling kerap wujud berpadu dengan

logam seperti kuprum, plumbum, dan perak. Ahli

kimia Sweden, Jons Berzelius pertama kali

mengasingkan selenium pada tahun 1817. Manusia

dan haiwan-haiwan lain memerlukan sejumlah

kecil selenium dalam diet mereka. Unsur ini

membantu badan menukarkan lemak dan protein

menjadi tenaga. Makanan yang membekalkan

selenium termasuk daging dan ikan.

UMUM 
SEKOLAH PEMULIHAN AKHLAK

Sekolah pemulihan akhlak ialah institusi

pemulihan untuk pelanggar undang-undang yang

berumur lebih daripada 18 tahun, tetapi tidak

memerlukan pengawasan ketat. Sekolah

pemulihan akhlak sering digunakan untuk

mengasingkan pesalah yang lebih muda daripada

pesalah yang lebih tua. Sekolah ini menyediakan

khidmat kaunseling, latihan vokasional dan

program pembaikan yang lain.

UMUM 
KHALWAT

Khalwat, perkataan Arab yang bermaksud menyendiri, memencilkan diri dan mengasingkan diri daripada orang ramai dalam tempoh tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan yang tertentu.

AGAMAKonsep
12

Kembali ke atas