Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasingkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abbeygereja; kumpulan rahibSejarahTiadaGereja: Tempat tinggal golongan Rahib yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan. Kumpulan rahib: Perkumpulan rahib lelaki atau perempuan yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan.,2. Kumpulan rahib - Perkumpulan rahib lelaki atau perempuan yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan.
skirtingskirtingKesenianTiada1. Proses mengasingkan dan menggredkan bulu biri-biri. Contoh: bulu bahagian kaki dan bahagian-bahagian yang lain.,2. Proses mengasingkan perca fabrik pakaian wanita dan fabrik lapis kot lelaki yang mengandungi fabrik kapas dan fabrik benang sayat.,3. Fabrik yang digunakan untuk membuat skirt wanita.,4. Fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja atau pentas yang biasanya berlisu.
deslimerpenyahlendirKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat pengempar jenis mangkuk yang digunakan untuk mengasingkan zarah halus serta basah daripada batuan simen, dan mengasingkan pigmen dan bahan las berdasarkan saiznya.
Clean-seedBiji benih bersihPertanianAgronomi

Biji benih selepas dituai yang telah melalui proses mengasingkan bahan-bahan seperti serpihan kulit buah, daun, ranting, pasir dan juga biji benih lain untuk menghasilkan yang tidak dicemari dengan benda asing. Ada beberapa alat yang digunakan dalam proses ini bermula dengan alat mengasingkan bahan kasar hingga alat mengasingkan bahan halus menggunakan angin dan penapis.

steam distillationpenyulingan stimKimiaTiadaPenyulingan secara melalukan stim menerusi campuran pepejal atau cecair mudah meruap untuk mengasingkan bahan tersebut daripada bahan yang tidak meruap. Penyulingan stim lazimnya digunakan di dalam industri minyak wangi untuk mengasingkan minyak pati daripada bunga-bungaan, daun-daunan dan kulit kayu, dan di dalam makmal untuk penulenan dan untuk menganggarkan jisim molekul cecair atau pepejal.
corong BerleseBerlese funnelBiologiEkologiAlat yang digunakan untuk mengasingkan organisma kecil daripada tanah atau bahan buangan. Pada bahagian atas alat ini terdapat pancaran cahaya dan haba, manakala pada bahagian bawahnya pula terdapat corong dan piring petri yang berisi agen pembunuh. Pancaran cahaya dan haba akan menyebabkan organisma jatuh ke dalam piring petri. Alat ini hanya dapat mengasingkan organisma yang sensitif terhadap cahaya sahaja.
disaggregatemengasingkanKomunikasi MassaTiadaTiada
segregatingmengasingkanPertanianTiadaTiada
deflocculatememeraiPertanianTiadaMengasingkan zarah-zarah tanah daripada agregat tanah dengan cara kimia atau fizik.
sievingmengayakFarmasiFarmaseutikMengasingkan partikel pepejal mengikut saiz dengan menggunakan alat berlubang atau berjejaring.
12345678910...

Kembali ke atas