Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.syi/.kan]/[me.nga.syi/.kan] | مڠعاشيقکن

Definisi : 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.syi/.kan]/[me.nga.syi/.kan] | مڠعاشيقکن

Definisi : menyebabkan menjadi asyik; menyenangkan; melekakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasyikkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas?Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'.Tatabahasa25.11.2008
1.Apakah ciri-ciri ayat dasar? 2.Ayat2 berikut yang manakah bukan ayat dasar? a.Mereka akan tiba tidak lama lagi. b.Irama muzik itu sungguh mengasyikkan. c.Anak muda lebih suka bekerja di bandar besar. d.Cuaca pada hari ini merimaskan peserta pertandingan. 3.Adakah utk mengenali ayat dasar,kita perlu mengetahui ayat dasar, perlu mengenalpasti pola ayat dasar terlebih dahulu?TQVM

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 

2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudara rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439.

Tatabahasa23.07.2011
38. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah memulakan hubungan dengan China ? A. Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po. B. Dengan mengahwini Puteri Li Po. C. Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle 40. Rangkai kata menarik hati dalam petikan bermaksud A. menggembirakan B. meyakinkan C. mengasyikkan D. mempersonakan38. Jawapan yang betul ialah D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle.
40. D.Mempesonakan
Tatabahasa12.09.2013
Boleh dapatkan maklumat maksud bagi istilah tersebut: 1. Hybridization 2. Tangible 3. Seamless integration 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization 6. Engaging 7. Connectivity 8. Immersive 1. Hybridization - gabungan elemen fizikal dan digital 2. Tangible - melibatkan objek nyata 3. Seamless integration - mengintegrasi persekitaran fizikal dan digital dengan lancar 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization - interaksi fizikal yang menggalakkan pengalaman bermain yang personalized. customization pula keupayaan untuk mengubasuai permainan 6. Engaging - engage dengan pengguna 7. Connectivity - keupayaan untuk berhubung dengan peranti 8. Immersive - pengalaman pembelajaran yang lebih mendalamCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi hybridization ialah penghibridan, tangible ialah ketara, seamless integration ialah integrasi selanjar, multisensory and multicapital ialah multideria dan multimodal, personalization and customization ialah personalisasi dan pelangganan, engaging ialah penglibatan, connectivity ialah keterhubungan, dan immersive ialah mengasyikkan.Penyemakan dan penterjemahan10.01.2024
Datuk leka bercerita tentang kerengga yang berbisa dan jumlahnya. Adakah betul penggunaan leka di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan, terima kasih.

Leka membawa maksud asyik dengan sesuatu; melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. Oleh itu, penggunaan leka dalam ayat tersebut betul.


Makna19.05.2020

Kembali ke atas