Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta] | مڠات

Definisi : 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Bulan Safar bulan sebelas,
     Cahayanya cerah menyapu awan;
Bukan mengata bukan membalas,
     Saya serah melukut secawan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Mengata dulang paku (= bawak) serpih,
     mengata orang aku (= awak) yang lebih.

Bermaksud :

Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allegemengataUndang-undangTiadaTiada
sarcasmsindiranKesusasteraanTiadaPerkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi.
leonine rhymesajak absaraKesusasteraanPuisiPuisi yang rimanya terdapat atau terletak antara dua perkataan ataupun lebih dalam sesuatu baris. Ini dapat dilihat pada gurindam dua baris di bawah. Jangan mengata jangan mengeji Jangan aniaya bengis dan benci.

Kembali ke atas