Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta.kan] | مڠاتاکن

Definisi : 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk.

Bermaksud :

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat  mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Tatabahasa10.11.2014
.... mengatakan di sekolah-sekolah campuran, terutama dari / daripada usia 12 ke atas, pelajar perempuan kurang diberikan peluang....Dalam frasa di atas, penggunaan perkataan yang betul ialah daripada.Tatabahasa01.11.2011
Terdapat permainan tradisional yang menggunakan rim basikal. Ada yang mengatakan kelereng. Ada yang mengatakan kleret. Manakah yang paling tepat? Terima kasih.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "kelereng" bermaksud 1. biji buah lerak 2. guli, gundu, kelici. Perkataan "kleret" tidak terdapat dalam kamus atau pangkalan data istilah DBP.Istilah28.10.2016
Pegawai bank itu mengatakan simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan? Adakah ayat ini betul ? Adakah perkataan mengatakan mesti disambung dengan perkataan bahawa? COntoh : pegawai itu mengatakan bahawa simpanan ialah menyimpan wang di bank.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Pegawai bank itu menerangkan bahawa simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan"
Tatabahasa09.11.2016
salam, saya keliru penggunaan akses ke/akses kepada. Menurut pencarian saya di khidmat nasihat DBP, ada jawapan yang mengatakan akses ke adalah betul. ada juga jawapan yg mengatakan akses kepada adalah betul. ada juga mengatakan hanya 'akses' sahaja tanpa ada 'ke/kepada'. Mohon pencerahan. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah "akses kepada".  Terima kasih.Tatabahasa14.01.2021
biasanya kita mengatakan 'kesesakan jalan' tetapi adakah 'sesak jalan' atau 'jalan sesak' dianggap betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah sesak/kesesakan di jalan raya atau jalan sesak.Tatabahasa06.05.2011
Pihak tuan mengatakan bahawa frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di' digunakan untuk merujuk tempat. Jadi, adakah calon PMR dan SPM mesti menganggap 'di kalangan' adalah salah semasa menjawab soalan peperiksaan? Sila memberi kepastian yang muktamad.Penggunaan di kalangan masih digunakan dan tidak dianggap salah.        Tatabahasa26.03.2008
Ada orang mengatakan fungsi YANG dalam ungkapan SEPERTI YANG BERIKUT.... sebagai pembentuk klausa relatif. Setahu saya, YANG dalam ungkapan ini diwujudkan untuk membentuk frasa nama kerana di hadapannya ada kata sendi nama SEPERTI. Saya memohon pandangan kepada Tuan.Yang ialah kata hubungan pancangan relatif dan Seperti bukan kata sendi nama. Dalam konteks ini Yang tidak membentuk frasa nama, contoh Yang yang membentuk frasa nama ialah Yang cantik itu adik saya.Tatabahasa23.11.2007
Salam bahagia, Cikgu Awang mengatakan bahawa kata sendi nama ‘antara’ menjadi penanda jamak bagi perkara yang hendak disenaraikan, maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Cikgu Sariyan pula mengatakan kata nama yang mengikuti kata sendi nama ‘antara’ boleh digandakan bergantung pada konteks penggunaan. Pada pengamatan saya, jawapan yang kedualah yang masuk akal. Kata nama tidak perlu digandakan kerana menyatakan satu perkara sahaja: Antara faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. Kata nama perlu digandakan kerana menyatakan lebih daripada satu perkara: Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Demi meleraikan kemusykilan bahasa ini, saya mencadangkan ayat-ayat tersebut ditulis seperti yang berikut: (a) Salah satu faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. (b) Faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah/termasuklah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Penjelasan ini berdasarkan hukum tatabahasa bahasa Melayu yang mengatakan bahawa frasa sendi nama tidak boleh berfungsi sebagai subjek. Dengan ini, diharapkan bahawa masalah tersebut dapat dileraikan. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Untuk makluman, pendapat yang diberikan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, dalam apa pun keadaan, DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan. Untuk lebih jelas, mohon rujuk buku tersebut.Tatabahasa22.12.2016
Apakah antonim bagi masin? Ada yang mengatakan antonim bagi masin ialah manis dan ada juga yang mengatakan tawar. Bagi saya, antonim bagi manis ialah masam. Jadi, tentunya antonim bagi masin bukan manis. Harap dapat menguraikan kekusutan ini. Soalan tersebut adalah soalan bahasa melayu tahun 2.Antonim bagi masin dan manis ialah tawar.Tatabahasa02.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas