Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta.kan] | مڠاتاکن

Definisi : 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk.

Bermaksud :

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Copernican systemsistem CopernicusMatematikTiadaGagasan sistem sunda yang dikemukakan oleh Nicolaus Copernicus pada tahun 1543 yang menolak gagasan sistem suria yang lama yang mengatakan bahawa matahari beredar mengelilingi bumi sebagai pusat dengan mengatakan pusat sistem suria adalah matahari, dan bumi hanya sebagai salah sebuah planet, yang beredar mengelilingi matahari dalam satu orbit yang berbentuk bulat.
hedonismhedonismePerubatanTiadaDoktrin yang mengatakan keseronokan dan kegembiraan sesuatu yang paling baik.
holonecrosisholonekrosisBiologiPatologiHipotesis yang mengatakan bahawa apabila ada gen perumah yang menentukan ketahanannya terhadap serangan sesuatu patogen, maka ada pula gen virulen patogen tersebut yang boleh berinterakasi secara khusus dengan gen tahan tadi. Hipotesis ini telah diutarakan oleh Floor (1942) berdasarkan kajiannya terhadap penyakit karat flaks (Linum usitassimum) yang disebabkan oleh Melampsora lini.
functionalismfungsionalismeKesenianTiadaTeori seni yang mengatakan bahawa bentuk itu harus bersesuaian dengan fungsi.
laissez fairelaissez faireGeografiTiadaFahaman yang mengatakan bahawa kerajaan tidak perlu dan tidak digalakkan campur tangan dalam urusan kegiatan ekonomi.
Stokes' lawhukum StokesPertanianTiadaHukum yang mengatakan bahawa panjang gelombang pendarkilau yang teruja oleh sinaran adalah lebih besar daripada panjang gelombang sinaran penguja.
Stokes' lawhukum StokesKejuruteraanTiadaHukum yang mengatakan bahawa panjang gelombang pendarkilau yang teruja oleh sinaran adalah lebih besar daripada panjang gelombang sinaran penguja.
Barlow rulepetua BarlowKejuruteraanTiadaPrinsip yang mengatakan isi padu ruang yang diisi oleh atom adalah berkadar terus dengan valensinya.
theory Xteori XPentadbiranTiadaTeori yang mengatakan manusia malas bekerja dan tidak bercita-cita tinggi.
traditional approachpendekatan tradisionalPentadbiranTiadaPendekatan yang mengatakan struktur modal optimum dan nilai firma adalah maksimum apabila kos modal adalah minumum.
123456789

Kembali ke atas