Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : melakukan atau menjalan­kan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fish health managementpengurusan kesihatan ikanPerikananAkuakulturAmalan mengawal selia aktiviti ternakan pada peringkat pembenihan, asuhan dan ternakan untuk mencegah penyakit ikan serta memastikan kesihatan ikan berada dalam keadaan optimum untuk diternak. Kebiasaannya, amalan ini melibatkan pengurusan dari segi persekitaran air, spesies ikan dan patogen. Contohnya, memastikan kualiti air berada dalam julat sesuai untuk ternakan, ketiadaan patogen dalam kawasan ternakan dan kualiti benih yang tinggi.
hiyazah maddiyyahpemilikan fizikalPerniagaan IslamTiadaKuasa untuk bertindak, mengawal selia dan mengurus harta fizikal sahaja. Contohnya, pemegang gadaian (murtahin), penyewa kenderaan (muntafi‘) dan kontraktor binaan (muqawil).
military lawundang-undang tenteraUndang-undangTiadaUndang-undang yang mengawal selia anggota tentera.
hiyazah qanuniyyahpemilikan undang-undangPerniagaan IslamTiadaKuasa untuk bertindak, mengawal selia dan mengurus harta yang diperoleh melalui perundangan. Contohnya, pemilik dan penyewa bangunan, atau pemilik dan penyewa kenderaan.
Communication and Multimedia CommissionSuruhanjaya Komunikasi dan MultimediaTeknologi MaklumatTiadaBadan yang mengawal selia komunikasi dan multimedia di Malaysia.
ethics committeejawatankuasa etikaPerubatanTiadaJawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan.
BSI (British Standard Institution)BSI (British Standard Institution)Teknologi MaklumatTiadaBadan yang bertanggungjawab mengawal selia standard di Britain.
Poisons Act 1952Akta Racun 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.
Digital Signature ActAkta Tandatangan DigitalTeknologi MaklumatTiadaAkta yang digubal untuk mengurus dan mengawal selia tandatangan digital. Lihat: digital signature
Council of RulersMajIis Raja-rajaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis Raja-raja di Malaysia terdiri daripada sembilan orang sultan yang mewakili negeri beraja.
123

Kembali ke atas