Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan hubungan jenis (bkn binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawan

Puisi
 

Lagi tinggi lagi mengawan,
     Dapat sikit batu lebah;
Abang pergi hati merawan,
     Hendak tinggal bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata dasar bagi perkataan 'mengawan' (melakukan hubungan jenis [bkn binatang]) dan kata dasar bagi perkataan 'mengaji'. Adakah perkataan mengaji terdapat dalam bahasa Melayu standard?Mengawan bagi maksud melakukan hubungan jenis (berkenaan binatang) ialah akar kata, bukan kata terbitan daripada akar kata awan menjadi mengawan yang bermaksud menyerupai awan.Istilah11.09.2017
Apakah istilah sesuai untuk "come into season"? Perkataan diperoleh daripada ayat berikut: Sexually mature female hamsters come into season (estrus) every four days.Menurut data kami, padanan yang sesuai bagi "come into season" ialah musim mengawan.Lain-lain30.09.2019

Kembali ke atas