Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan hubungan jenis (bkn binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawan

Puisi
 

Lagi tinggi lagi mengawan,
     Dapat sikit batu lebah;
Abang pergi hati merawan,
     Hendak tinggal bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mating typejenis mengawanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah mengawan, iaitu sama ada secara semula jadi atau buatan. Jenis mengawan semula jadi berlaku secara rawak atau melalui pemilihan sebelum mengawan manakala jenis mengawan buatan pula menggunakan kaedah permanian beradas atau in vitro.
mating systemsistem mengawanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu corak pengawanan dalam kalangan haiwan. Sistem mengawan berlainan untuk jenis haiwan yang berbeza. Contohnya, haiwan jantan yang mengawan dengan banyak haiwan betina atau haiwan betina yang mengawan dengan banyak haiwan jantan. Terdapat empat jenis sistem mengawan, iaitu monogami, poliandri, poligini dan poliginandri.
polygynandrypoliginandriPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan banyak haiwan betina mengawan dengan banyak haiwan jantan secara rawak. Contoh, haiwan yang mengamalkan poligiandri ialah monyet Bonobos dan ikan hering.
polygynypoliginiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor jantan dipasangkan dengan banyak betina. Dalam poligini, haiwan betina akan bertanggungjawab untuk menjaga anak. Haiwan jantan dalam sistem mengawan ini dominan dan sentiasa akan bersaing dengan jantan yang lain bagi mempertahankan kawasan dan sumber yang terbaik.
sexual behaviourperilaku seksVeterinarPraklinikalTingkah laku yang ditunjukkan oleh haiwan jantan dan betina semasa musim mengawan. Perilaku seks yang ditunjukkan oleh haiwan jantan ialah kemahuan dan keupayaannya untuk mengawan. Manakala haiwan betina pula menunjukkan perilaku seksnya dengan berdiri sedia untuk menerima haiwan jantan.
semen seasonal variationkelainan bermusim semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKualiti semen berbeza-beza mengikut musim. Kualiti semen lebih tinggi semasa musim mengawan berbanding dengan bukan musim mengawan.
social behaviourlakuan sosialBiologiEkologiLakuan organisma terhadap kehadiran organisma lain. Lakuan sosial ditunjukkan oleh kebanyakan peringkat haiwan. Organisma multisel memaparkan lakuan sosial semasa mengawan. Misalnya, burung merak betina menunjukkan lakuan seks sebelum mengawan.
nuptialmengawanPerikananTiadaTiada
matingmengawan; pengawananPerhutananTiadaTiada
matingmengawan; pengawananPertanianTiadaTiada
123456

Kembali ke atas