Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cas] | مڠچس

Definisi : mengalirkan arus elektrik ke dlm bateri yg lemah utk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama: ~ bateri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cas] | مڠچس

Definisi : menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cas] | مڠچس

Definisi : menahan kaki orang berjalan (berlari) dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nge.cas] | مڠچس

Definisi : mengisikan tenaga elektrik ke dlm bateri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengecas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan perkataan dalam Bahasa Melayu untuk istilah "charging port", iaitu port di peranti seperti telefon bimbit pintar di mana kita memasukkan wayar USB untuk mengecas atau memindahkan fail?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah charging port ialah port mengecas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah31.10.2022
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), yaKami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah.Istilah17.10.2017

Kembali ke atas