Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cat] | مڠچت

Definisi : memberi bercat, mewarnai (per­mukaan spt dinding dll) dgn cat: sekaliannya dicat dgn air emas; ~ dan menghiasi rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cat] | مڠچت

Definisi : mewarnai dgn cat; menyapu (menyembur) dgn cat: Dia ~ rumahnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengecat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIKT

Pikt ialah suku kaum purba di bahagian utara

Scotland . Kaum Pikt mendapat nama ini daripada

orang Rom kerana mereka mengecat atau

membuat tatu pada kulit mereka.

UMUM 
PIKTOGRAF

Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar.

Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba

menyampaikan mesej mereka melalui piktograf.

Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf

pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga

merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek

dan juga masyarakat Orang Asli Amerika.

Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang

mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf

yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak-

kanak sedang memegang buku, yang mewakili

seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan

gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu

cerita dengan lebih baik berbanding dengan

penggunaan perkataan semata-mata.

UMUM 
PIGMEN

Pigmen ialah sejenis bahan berwarna

dalam bentuk serbuk, yang memberikan warna

kepada bahan lain. Ini dilakukan dengan

mencampurkannya dengan bahan itu atau

menyapu satu lapisan nipis pada permukaan bahan

itu. Pigmen tidak larut tetapi kekal terampai dalam

cecair apabila ia dicampurkan atau dikisar dalam

cecair untuk membentuk cat. Bahan berwarna yang

larut dalam cecair dan memberikan kesan

warnanya dinamakan pencelup. Pelbagai kaedah

mengecat berbeza daripada satu sama lain pada

bahan yang disapu dengan warna tersebut. Tetapi

pigmen yang digunakan adalah sama dalam semua

jenis.

UMUM 

Kembali ke atas