Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngé.cé/.kan] | مڠيچيقکن

Definisi : 1. mempercakapkan, mem­perkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengecekkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengecekkan1. mempercakapkan, mem­perkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kecek I(kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berce­loteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, mem­perkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakap­kan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai me­mujuk atau meminta-minta sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas