Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cut] | مڠچوت

Definisi : menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cut] | مڠچوت

Definisi : menjadi semakin kecil; menjadi lisut: Kain itu ~ apabila dibasuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
vakuol mengecutcontractile vacuoleOrganel yang terdapat pada semua protozoa dan span air tawar, yang terlibat dalam proses pengosmokawalaturan.Menengah Atas
aktinactinProtein mengecut yang berbentuk filamen, yang terdapat di dalam otot.Menengah Atas
ototmuscleOrgan atau tisu berserabut yang selnya dapat mengecut, dan mempunyai fungsi pergerakan. Lihat RajahSekolah Rendah
otot antagonistikantagonistic musclePasangan otot yang bertindak berlawanan, iaitu satu otot mengecut dan satu lagi otot mengendur. Contohnya, biseps dan triseps di lengan.Menengah Atas
euglenaeuglenaKumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas