Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cut.kan] | مڠچوتکن

Definisi : 1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakut­kan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cut.kan] | مڠچوتکن

Definisi : 1 menjadikan kecut (lisut, susut); melisutkan: Ubat ini dpt ~ bisul dgn segera. 2 menyebabkan kecut hati; menakutkan; menggentarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dihydroergotamineDihydroergotaminePerubatanTiadaBahan antiadrenergik yang digunakan untuk mengecutkan salur darah dalam rawatan migrain.
astringentastringenFarmasiFarmaseutikBahan kimia yang bertindak setempat dan mengecutkan tisu melalui proses pemendakan protein. Contohnya, losen kalamin.
astringentastringenHerbaFitoterapiBahan yang bersifat kelat, tajam dan berupaya mengecutkan tisu serta mampu menghentikan rembesan cecair daripada luka atau ulser.
shrink fitpemasangan cerutKesenianTiadaPemasangan sesuatu benda atau komponen yang dibuat dengan mengecutkan sesuatu bahagian yang disejukkan dahulu supaya boleh dimasukkan ke dalam sesuatu bahagian yang lain.
stypticstiptikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan menghentikan pendarahan, yang menyebabkan pengecutan tisu dan salur darah. 2. Agen yang diutamakan dalam rawatan atau pembedahan untuk menghentikan pendarahan dengan cara mengecutkan tisu dan salur darah. Agen stiptik kimia digunakan untuk merangsang pembekuan darah melalui tindak balas kimia. Selain itu, agen stiptik mekanikal juga boleh digunakan untuk mengawal pendarahan. Contohnya, gumpalan kapas yang digunakan untuk mengawal pendarahan semasa bercukur.
adrenergic receptorreseptor adrenergikVeterinarPraklinikalReseptor yang terdapat pada permukaan luar dan dalam membran sel. Terdapat dua jenis reseptor adrenergik yang utama; iaitu reseptor alfa dan reseptor beta. Reseptor adrenergik diaktifkan oleh epinefrin dan norepinefrin. Antara fungsi reseptor adrenergik adalah untuk mengecutkan otot licin melalui reseptor alfa dan mengendurkan otot licin melalui reseptor beta.
taxistaksisBiologiEkologiOrientasi langsung sesuatu organisma sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Taksis melibatkan gerak balas keseluruhan tubuh organisma. Orientasi ini dikatakan positif jika organisma bergerak mendekati rangsangan, dan negatif jika menjauhi rangsangan. Misalnya, Euglena menjauhkan diri daripada cahaya, dan Vorticella mengecutkan tangkainya jika disentuh.
Renellia paniculataAkar sembung, Mengkunyit, sekunyit, ginsengPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae ini juga dikenali sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daun tersusun bertentangan dan pucuk muda berwarna ungu. Bunganya berwarna putih dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunkan oleh wanita lepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka.
Tacca integrifoliaKeladi muraiPertanianTiadaHerba ini juga dikenali sebagai belimbing tanah. Tumbuhan dalam famili Taccaceae ini tidak berbatang dan tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Herba ini mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Mempunyai tangkai bunga yang panjang, bunganya besar berwarna ungu kehijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Buah masak berwarna hitam. Umbisinya digunakan sebagai bahan ubat untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan.
Renellia paniculataakar sembungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae yang dikenali juga sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daunnya tersusun secara bertentangan dan pucuk mudanya berwarna ungu. Bunganya berwarna putih, dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka.
12

Kembali ke atas