Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jut] | مڠجوت

Definisi : tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jut] | مڠجوت

Definisi : dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka berlakunya sesuatu: Beliau telah meninggal dunia secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Puisi
 

Bersigup tidak ku pandai,
     Baranya jatuh ke lantai;
Kasih mengejut tidak ku pandai,
     Ibarat angin tiup selesai.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pertukaran atau penukaran ?Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, per­gantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.Makna03.02.2010
1. Awangku Merali sering termenung sejak BELAKANGAN ini kerana kecewa akan sikap keluarganya. Adakah penggunaan BELAKANGAN di atas betul? Apakah perbezaan BELAKANGAN dan KEBELAKANGAN? 2. Pemantauan harga barang-barang perlu dibuat secara mengejut terutamanya DI musim-musim perayaan? Adakah penggunaan DI di atas betul? 3. Pasu bunga itu pecah kerana IA dilanggar oleh adik. Bolehkah perkataan IA digunakan dalam ayat di atas? Terima kasih!

1. Kedua-duanya sama, iaitu belakangan dan kebelakangan.

2. Yang betul ialah "pada musim-musim perayaan".

3. Penggunaan "ia" untuk merujuk manusia sahaja. Walau bagaimanapun, ayat boleh ditulis  "Pasu bunga itu pecah kerana dilanggar oleh adik"

Tatabahasa06.10.2009
Mohon bantuan berkenaan penggunaan penukaran atau pertukaran. 1. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran buku akaun kepada kad akaun atau 2. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, 

(i) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

(ii)penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

Maka ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun."
Tatabahasa06.02.2018
Adakah terjemahan di bawah sejadi dan difahami? Sasaran pembaca: orang awam. Cadangan penambahbaikan amat dihargai. Teks sumber: If the patient has fallen from greater than their own height, suffered a sudden deceleration, significant trauma above the shoulders, or other concerning mechanism of injury (MOI), instruct them not to move, or get a bystander or assistant to provide manual in-line stabilisation (MILS) of their C-Spine. Teks sasaran: Jika pesakit telah jatuh dari ketinggian yang lebih tinggi dari diri sendiri, mengalami hentaman mengejut, trauma yang kuat di bahagian atas bahu, atau mekanisme-mekanisme kecederaan yang lain, pastikan mereka tidak bergerak, ataupun dapatkan pembantu atau seseorang yang berada di tempat kejadian untuk membantu menstabilkan kepala agar leher (C-spine) dapat kekal lurus.Puan perlu menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bagi tujuan ini. Penyemakan dan penterjemahan17.02.2023
As Salamu Alaikum Warahamtullah, Apakah perbezaan kata terbitan merasa dan berasa? Apakah perbezaan kata terbitan pertukaran dan penukaran? APakah kata dasar bagi pertukaran dan penukaran? Terima kasih

Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya.

Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga per­gantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat:  Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.

Tatabahasa03.02.2011
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih.

a) persekolahan 
    hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

    penyekolahan
        
perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan.

b) perpisahan
hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh.

    pemisahan
hal atau perbuatan memisahkan:  Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya.

c) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

    penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

 

Tatabahasa05.03.2013

Kembali ke atas