Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jut.kan] | مڠجوتکن

Definisi : 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam;; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jut.kan] | مڠجوتکن

Definisi : 1 menyedarkan orang drpd tidurnya dll; membangkitkan: Subuh-subuh lagi dia telah ~ kesemua anaknya. 2 menyebabkan terperanjat; memeranjatkan; menghairankan: Kedatangan isteri mudanya itu telah ~ para jemputan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWINBURNE, ALGERNON CHARLES

Swinburne, Algernon Charles (1837–1909)

ialah penyair Inggeris yang penting. Dia

mengejutkan England pada Zaman Victoria dengan

kesukaannya berfoya-foya dan keyakinan agama

dan politiknya yang tidak ortodoks. Puisi-puisinya

yang penuh keghairahan memeranjatkan banyak

pembaca. Kini kehidupan dan puisi Swinburne

tidak lagi begitu luar biasa dan memeranjatkan

seperti sebelum itu. Walau bagaimanapun,

kemahiran teknikal puisinya yang luar biasa masih

mengekalkan kehebatannya dengan mengejutkan.

UMUM 
AQUINO, BENIGNO

Aquino, Benigno (1932–1983), pemimpin politik

Filipina dan penentang bekas Presiden Filipina,

Ferdinand Marcos. Aquino dibunuh pada tahun

1983. Pembunuhan ini mengejutkan rakyat Filipina.

Pengundi Filipina telah memilih balunya, Corazon

Aquino, sebagai Presiden pada tahun 1986 (lihat

Aquino, Corazon ).

UMUM 
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
NOVEL GOTHIK

Novel Gothik ialah jenis fiksyen yang popular di

England pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun

1800-an. Plot novel Gothik termasuk peristiwa

misteri dan luar biasa yang bertujuan untuk

mengejutkan atau menggerunkan pembaca.

Ceritanya disebut Gothik kerana kebanyakan cerita

berlaku di istana yang suram dan kelam yang dibina

mengikut seni bina Gothik pada Zaman

Pertengahan.

UMUM 
SAND, GEORGE

Sand, George (1804–1876) ialah nama pena

Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis

wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya

dikagumi oleh para penulis agung zamannya.

Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia

meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana

cara hidupnya serta percintaannya yang

mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin

dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar

tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan

memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita

muncul pada pertengahan tahun 1900-

an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia

menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan

penulis autobiografi.

UMUM 
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 
SAMOSET

Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang

Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada

penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di

Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang

Asli Amerika suku Pemaquid dan mula

berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia

bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris

di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa

Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621,

Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan

Plymouth dengan muncul di jalan raya serta

mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa

Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan

para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit,

ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada

tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan

pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada

penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang

dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia

memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada

John Brown, salah seorang peneroka di situ.

UMUM 
ASKAR PAYUNG TERJUN

Askar payung terjun merupakan askar yang

dilatih bagi melakukan serangan dari udara.

Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat

dengan menggunakan payung terjun, atau

diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal

terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun

akan mendarat di belakang barisan musuh,

meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi

dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan.

Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba

sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam

pertempuran ganas secara berhadapan. Askar

payung terjun membawa pek peralatan yang

berat, termasuk rifel automatik, mesingan,

grenad, peti perubatan dan peralatan radio.

UMUM 

Kembali ke atas