Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.kal.kan] | مڠکلکن

Definisi : menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.kal.kan] | مڠکلکن

Definisi : sl menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.kal.kan] | مڠکلکن

Definisi : menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Setiap etnik dan subetnik pasti mahu menggunakan dan "mengekalkan" dialek dan bahasa masing-masing sebagai sesuatu yang perlu diwarisi dan diperturunkan kepada generasi yang seterusnya. 2. Memang tidak ada masalah untuk "mengekalkan" bahasa dan budaya masing- Kata kerja masing. adakah mengekalkan merupakan kata kerja? kata kerja transitif aktif?Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Dalam konteks ayat yang diberikan, "mengekalkan" ialah kata kerja aktif transitif kerana kata kerja (mengekalkan) mempunyai frasa nama (dialek dan bahasa)  untuk melengkapkan maksud.Tatabahasa24.03.2012
Bolehkah saya mengekalkan ejaan "Celebrity Beaute" tanpa menukar kepada "Selebriti Beaute" untuk gegantung iklan kerana nama tersebut merupakan nama anak syarikat.Pihak puan boleh menggunakan nama Celebrity Beaute kerana nama tersebut merupakan nama khas dan tidak perlu ditukar ejaannya.Lain-lain28.08.2019
cara-cara mengekalkan kebersihan persekitaran di kawasan sungai,serambi atau depan rumah,belakang rumah dan kolam di tepi rumahKhidmat Nasihat Bahasa menangani soalan yang berkaitan dengan bahasa. Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa, sila rujuk panduan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain17.01.2011
Antara a dan b di bawah yang mana betul ayatnya? a. Jelaskan 2 cara mengekalkan kedaulatan? (4 Markah) ATAU b. Jelaskan 2 cara mengekalkan kedaulatan berserta contoh (4 Markah)Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Untuk cadangan jawapan b, yang betul ialah Jelaskan 2 cara mengekalkan kedaulatan berserta contoh. (4 Markah)Tatabahasa19.03.2021
langkah langkah mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi.

Langkah-langkah untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/bahasa kebangsaan 

i. Telah diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152.  

ii. dijadikan sebagai bahasapengantar sekolah aliran kebangsaan menginut Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib.

iii. Penubuhan DBP sebagai badan yang bertanggungjawab dalam membina dan mengembangkan bahasa Melayu.  

Untuk maklumat lanjut, saudara digalakan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber yang banyak menyediakan bahan/buku berkaitan dengan perkara ini.   

Lain-lain15.02.2009
Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukn Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan. A)membaiki B)memelihara C)melaksanakan D mengutamakan

saudara,

Perkataan seerti ialah memelihara.

Tatabahasa02.10.2009
Prestasi Ali sangat membanggakan ----,dia harus mengiat usaha untuk mengekalkan kecemerlangan ini,''kata guru besar. A malahan B namun begituPrestasi Ali sangat membanggakan, namun begitu, dia harus mengiat usaha untuk mengekalkan kecemerlangan ini,'' kata guru besar.Tatabahasa07.08.2015
Saudara/ri, Bagaimana pendapat anda pada ayat ini . (inculcate and sustain safety culture) mana antara yang di bawah sangat sesuai? 1. " menerapkan dan mengamalkan budaya kerja selamat" 2. " memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat" 3. " menerapkan dan mengekalkan budaya kerja selamat"Terjemahan yang lebih sesuai untuk frasa inculcate and sustain safety culture ialah "memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat".Lain-lain23.07.2015
Apakah maksud dan huraian beserta contoh bagi ayat: Melestarikan penyelidikan dengan memberi fokus kepada ...Melestarikan bermaksud menetapkan dan mengekalkan/memelihara sesuatu supaya kekal. Ayat tersebut bermaksud Mengekalkan penyelidikan dengan memberi focus kepada ....Makna08.10.2018
Salam. Berdasarkan jawapan yang diberi (2015) untuk peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi, pihak DBP mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Bagaimana sekarang? Adakah kekal atau sudah menggunakan perkataan "pegar"? Terima kasihUntuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain19.05.2018
12345678910...

Kembali ke atas