Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.kang] | مڠکڠ

Definisi : 1. menarik tali kekang (utk mem­berhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.kang] | مڠکڠ

Definisi : 1 menarik tali kekang utk memberhentikan kuda: Kuda yg ketakutan itu tidak dpt dikekang lagi. 2 ki menyekat supaya tidak berlaku sesuatu; menahan; mencegah: Kerajaan hendaklah mengadakan undang-undang utk ~ harga barang-barang supaya tidak naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betul ke penggunaan ayat ni: "mengekang pemecahan kata laluan daripada digodam"?kalau x betul, blh cadangkan ayat yang sepatutnya? terima kasih.Frasa "mengekang pemecahan kata laluan daripada digodam" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa25.02.2010
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang.Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut,  kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan.Makna01.04.2010
Harga bagi Pfizer adalah termasuk penghantarannya ke pelbagai kawasan untuk vaksinisasi. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 akan membincangkan sama ada pekerja asing dan ekspatriat diberikan pemvaksinan percuma untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan. Sidang media mengenai perkembangan perolehan Vaksin COVID-19 di bangunan Parlimen Nak tanya perkataan 'mengenai'' adakah salah atau betul?Bolehkah menggunakan'mengenai tentang' atau mengenai sahaja? Kita menzahirkan rasa simpati magsa banjir di beberapa negeri Dia mendengar taklimat banjir disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi Beliau turut menghulur sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka bersabar terhadap musibah yang melanda. Adakah beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah yang salah?Jika ada kesalahan tatabahasa,sila Tuan beri penjelasan.Terima kasih.
Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melaluimengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Penggunaan mengenai memadai digunakan dalam ayat. 


Penggunaan tatabahasa yang betul adalah seperti yang berikut:
Kita menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di beberapa buah negeri.

Dia mendengar taklimat banjir yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Beliau turut menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka agar bersabar dengan musibah yang melanda. 

Tatabahasa07.01.2021
Assalamualaikum 1) kata kerja tak transitif berpelengkap perlu letak keterangan(pelengkap) lpas kata kerja tu kan? saya agak keliru nak membezakan dengan kata kerja transitif aktif. contoh ayat: ...lantas 'menyemarakkan' gelombang keganasan.. ...pertahanan bagi 'menghadapi' serangan pihak Siam. Sejarah 'membuktikan' bahawa Kerajaan Patani... ...seorang pembesar negeri yang 'menaiki' takhta Patani... ayat2 ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 2) 'mengekang' boleh dipasifkan x? 3) adakah 'berbohong' itu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145.
2. Kata kerja mengekang boleh dipasifkan menjadi dikekang.
3. Perkataan berbohong tergolong dalam kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.  
Tatabahasa24.03.2012
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih.Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada  secara terperinci.       Makna10.06.2008

Kembali ke atas