Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.kang] | مڠکڠ

Definisi : 1. menarik tali kekang (utk mem­berhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.kang] | مڠکڠ

Definisi : 1 menarik tali kekang utk memberhentikan kuda: Kuda yg ketakutan itu tidak dpt dikekang lagi. 2 ki menyekat supaya tidak berlaku sesuatu; menahan; mencegah: Kerajaan hendaklah mengadakan undang-undang utk ~ harga barang-barang supaya tidak naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confining pressuretekanan mengekangGeologiTiadaTekanan yang sama pada semua sisi, misalnya tekanan geostatik atau tekanan hidrostatik.
confining bedlapisan mengekangGeologiTiadaJasad bahan tak telap atau kurang telap yang secara stratigrafinya terdapat bersebelahan dengan akuifer.
confining bedlapisan mengekangGeografiTiadaTiada
confining bedlapisan mengekangKejuruteraanTiadaTiada
bearinggalasMekanikGunaanSokong yang digunakan untuk mengekang atau memandu gerakan sesuatu bahagian mesin nisbi terhadap bahagian yang lain, dengan geseran dan hausan yang minimum. Biasanya, galas merupakan sokongan tetap untuk aci dan rod yang berputar. Aci dan rod berputar di sekitar paksi panjangnya dalam galas sambil kedudukannya di ruang ditetapkan oleh galas-galas berkenaan. Lihat juga galas aci.
decision trapperangkap keputusanPengurusanPerancanganKeadaan yang mengekang atau menghalang keberkesanan sesuatu proses pembuatan keputusan. Perangkap keputusan akan mengakibatkan keputusan yang dibuat kurang tepat ekoran kesilapan atau kelemahan dalam proses pembuatan keputusan. Antara contoh keadaan yang boleh menjadi perangkap keputusan ialah alternatif-alternatif keputusan yang tidak ditakrif dengan jelas, kegagalan untuk mengumpul maklumat yang tepat, pertimbangan kos-faedah yang tidak dilakukan dengan baik dan pembuat keputusan yang bersikap berat sebelah.�Lihat juga proses pembuatan keputusan.
arms controlkawalan senjataSains PolitikHubungan AntarabangsaKawalan bagi mengekang pemilikan, penyebaran dan keupayaan ketenteraan sesebuah negara. Kawalan senjata juga merangkumi sebarang bentuk tindakan yang boleh mendorong sesebuah negara mengendalikan persenjataan secara terbatas ketika menghadapi krisis. Keperluan kepada dasar kawalan senjata dalam hubungan antarabangsa adalah berasaskan andaian bahawa persaingan persenjataan merupakan satu fenomena yang akan berterusan dan berkekalan dalam kancah politik dunia. Oleh itu, dasar ini merupakan satu bentuk tindakan pemaksaan secara positif. Perspektif ideologi ahli teori politik antarabangsa menegaskan terdapat perbezaan antara kawalan senjata dengan dasar pelucutan senjata. Pihak yang memperjuangkan pelucutan senjata berpegang kepada prinsip dunia tanpa persenjataan, manakala pihak yang memperjuangkan kawalan senjata menekankan prinsip pembangunan persenjataan yang terkawal.
joint stabilitykestabilan sendiSains SukanBiomekanikKeupayaan sendi untuk mengekang perubahan kedudukan tulang yang berartikulasi (tempat persambungan antara tulang), bergantung pada struktur sendi dan tisu lembut yang berfungsi sebagai penyokong. Kekangan ini menyebabkan kestabilan pada sendi. Atlet yang sering terlibat dengan aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan, pertukaran arah pergerakan atau melibatkan pergerakan berputar, sering terdedah pada kemerosotan prestasi apabila kestabilan sendi mereka terjejas akibat kecederaan.
unconditional mudarabahmudarabah mutlaqahEkonomiEkonomi IslamAkad mudarabah yang tidak mengekang pengusaha berkenaan tempat, masa, musim, komoditi, kredit atau teknik urus niaga. Pengusaha diberi kebebasan untuk membuat pilihan sendiri tentang perkara berkenaan. Akad mudarabah hanya menentukan nisbah perkongsian untung. Sinonim mudarabah mutlak.
chase ringgelang kejarKejuruteraanKejuruteraan MekanikPengikat yang mengikat dan mengekang model induk yang diperbuat daripada keluli terkeras. Pengikat ini digunakan untuk menekan bentuk acuan plastik ke dalam blok keluli lembut kosong ketika proses penghebohan dalam pembuatan plastik.
123

Kembali ke atas