Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lap] | مڠلڤ

Definisi : menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lap] | مڠلڤ

Definisi : mengeringkan (air dll) dgn kain atau dgn kertas: Dia ~ meja itu supaya bersih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lap
Kata Terbitan : mengelap, pengelap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ali mengelap tingkap dengan bersih. 2. Ali mengelap tingkap supaya bersih. Ayat manakah yang betul?Ayat yang betul ialah Ali mengelap tingkap supaya bersih.

Penambahan kata supaya merupakan kata  keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan  yang dihajati atau diharapkan.
Tatabahasa17.03.2013
Abu (menggosok/mengelap) badannya dengan tuala selepas mandi.Perkataan yang betul ialah mengelap.

Abu mengelap badannya dengan tuala selepas mandi.
Tatabahasa23.08.2013
Ayah menyembur air sambil (menggilap/mengelap) keretanya sehingga bersih dan berkilat. Sama ada "menggilap/mengelap" diterima sebagai jawapan?

Mengelap menyapu atau mengeringkan dengan kain lap iaitu perbuatan menyapu atau mengeringkan sesuatu daripada keadaan basah kepada kering. Menggilap perbuatan menggosok supaya licin dan berkilat.

Dari aspek ketepatan perkataan, menggilap lebih tepat untuk menjadikan kereta bersih dan berkilat.
Istilah17.02.2014
Salam Sejahtera. "mengelap-ngelap" Adakah perkataan ini betul ? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "mengelap-ngelap" dalam Kamus Dewan edisi keempat. Perkataan yang betul ialah mengelap.Ejaan20.05.2012
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ?
  • mengesat

    1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
  • mengelap" title="mengelap">mengelap

    menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
  • Berdasarkan  makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat.

    Makna02.10.2009
    1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ?1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap  adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... .
    2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu.
    3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas.
    Tatabahasa06.02.2014
    ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN BASAH.ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN YANG BASAH.Lain-lain21.03.2011
    Ali mengelap cermin tingkap dengan sehelai kain yang basah atau lembap? Manakah yang tepat? Terima kasih.Ayat yang gramatis, Ali mengelap cermin dengan sehelai kain lembap.Tatabahasa06.12.2012
    Murid Tahun 5 sudah mengelap mejanya. mejanya atau meja-mejanya?Ayat yang betul ialah “Murid tahun 5 sudah mengelap mejanya.”.Tatabahasa23.03.2022
    Struktur ayat yang mana betul? 1. Ali mengelap tingkap dengan kain basah di dalam kelas. 2. Ali mengelap tingkap di dalam kelas dengan kain basah.Kedua-dua struktur ayat yang digunakan tersebut adalah betul.Tatabahasa04.09.2012
    123

    Kembali ke atas