Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.las.kan] | مڠلسکن

Definisi : membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.las.kan] | مڠلسکن

Definisi : membahagi-bahagikan sesuatu kpd golongan atau kumpulan tertentu: Pustakawan ~ buku-buku kpd beberapa kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan frasa yang mana betul. 1. mengelaskan biodiversiti kepada dua kumpulan. 2. mengelaskan biodiversiti pada dua kumpulan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "mengelaskan biodiversiti kepada dua kumpulan".Tatabahasa27.07.2012
Mana satu yang betul: pengkelasan atau pengelasan? Adakah wujud perkataan: pengkelasan? Jika Ada, apakah makna 'Pengkelasan'?Perkataan yang betul ialah pengelasan yang bermaksud perbuatan atau hal mengelaskan. Perkataan pengkelasan tidak wujud dalam pangkalan data kami.Makna20.09.2017
Salam, saya ingin tahu..sebenarnya, perkataan 'kemudian' berperanan sebagai kata hubung ataupun sebagai penanda wacana?Hal ini adalah kerana perkataan 'kemudian' tersenarai dalam kata hubung gabungan dalam tatabahasa dewan sedangkan setelah sekian lama penulis (kebanyakannya guru sekolah) mengelaskan perkataan tersebut dalam penanda wacana. Sekian, terima kasih.Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. "Kemudian" antara contoh kata hubung gabungan.

Penanda wacana digunakan untuk meweujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran.

'Kemudian' antara contoh penanda wacana penghubung jenis tempoh iaitu penanda penghubung yang menunjukkan murutan masa atau siri berlakunya sesuatu.
Tatabahasa16.01.2013
Salam Sejahtera, 1. Apa perbezaan 'pengelasan' dan 'pengkelasan'. 2. Di mana / ayat yang bagaimana sesuai untuk digunakan bagi kedua-dua perkataan tersebut. Sekian, terima kasih.1.  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll.) Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe... dan an... menjadi pengelasan.
2. Perkataan yang betul dan gramatis ialah pengelasan.
Tatabahasa03.01.2012
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'. Jika dilihat dalam contoh yang telah diberi (merujuk jawapan yang dilampirkan oleh pihak PRPM dalam halaman khidmat nasihat sebelum ini), ayat yang betul ialah: 1. terjatuh dari tangga 2. terjatuh daripada basikal 'Dari' dikatakan digunakan untuk tempat, arah dan masa manakala 'daripada' pula digunakan untuk punca, sumber dan perbandingan. Tetapi, bagaimanakah cara untuk mengelaskan perkataan tersebut? 1. Terjatuh dari/daripada pokok (pokok itu dikira sumber atau tempat?) 2. Terjatuh dari/daripada bumbung rumah (rumah itu sumber atau tempat? Sekian, terima kasih.Dalam keadaan yang tersebut, kami mencadangkan puan mengelakkan daripada menggunakan ayat yang kurang jelas. Jika dalam pengajaran sila berikan ayat yang jelas kelas kata dan penggunaan kata sendi nama agar tidak mengelirukan pembaca. Gunakan ayat contoh yang jelas dan tidak mengelirukan, manakala ayat tersebut digunakan apabila hendak menerangkan kebolehgunaan kedua-dua kata sendi nama dalam sesuatu ayat.Tatabahasa10.07.2014
1. Adakah selepas penggunaan tanda garis miring (/), perlu diselang atau disambung dengan ayat. Cth: a. buku/baju -sambung terus b. buku/ baju-ada jarak selepas tanda Mohon pengesahan penggunaan a atau b yang betul. 2. Bagaimanakah penggunaan perkataan pengelasan atau pengkelasan yang betul.
1.    Tanda garis miring (/) dibubuh di antara dua kata atau frasa tanpa jarak di kiri dan kanannya, sama dengan kedudukan tanda baca sisipan lain, iaitu tanda sempang dan tandang pisah. Cara penulisan garis miring yang betul pada contoh a. buku/baju.  2.    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain). Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan  pe-...-an menjadi pengelasan.
Tatabahasa17.04.2017

Kembali ke atas