Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.li.ling.kan] | مڠليليڠکن

Definisi : membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.li.ling.kan] | مڠليليڠکن

Definisi : mengedarkan atau membawa berkeliling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengelilingkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam....saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan "kan". Contoh 1) Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah 2) Pemuda itu ditangkap kerana mengedarkan dadah Soalan :Yang mana satu betul"mengedar" atau "mengedarkan" T.kasih... En. Mohd NorAwalan meN- membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif, iaitu memerlukan objek atau tidak memerlukan objek selepasnya. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Dari aspek makna pula, mengedar bermaksud berpindah-pindah dari tangan ke tangan dan mengedarkan pula bermaksud menyampaikan sesuatu daripada seorang kepada seorang lain dan seterusnya atau mengelilingkan menyebarkan. Berdasarkan huraian yang tersebut penggunaan perkataan mengedar dalam konteks ayat tersebutlebih tepat berbanding dengan perkataan mengedarkan. Pemuda itu ditangkap kerana mengedar dadah.Tatabahasa21.11.2012

Kembali ke atas