Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lom.po/.kan] | مڠلومڤوقکن

Definisi : menyatukan (mengum­pulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-­kelompok tertentu, menjadikan berkelom­pok atau berkelompok-kelompok: usaha ~ ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lom.po/.kan] | مڠلومڤوقکن

Definisi : membahagikan atau mengasingkan kpd beberapa kelompok; menjadikan berkelompok-kelompok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengelompokkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan/Puan. Saya ingin mengetahui sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka sudah mempunyai korpus himpunan peribahasa Melayu dan etimologi. Harap mendapat maklumbalas dari pihak Tuan/Puan.Untuk makluman tuan, data khusus yang mengelompokkan peribahasa Melayu belum ada. Korpus Bahasa Melayu memasukkan semua data termasuklah daya peribahasa Melayu.Lain-lain07.08.2018
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih.1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis.
2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 
3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan.
Tatabahasa28.02.2012

Kembali ke atas