Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lom.po/.kan] | مڠلومڤوقکن

Definisi : menyatukan (mengum­pulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-­kelompok tertentu, menjadikan berkelom­pok atau berkelompok-kelompok: usaha ~ ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lom.po/.kan] | مڠلومڤوقکن

Definisi : membahagikan atau mengasingkan kpd beberapa kelompok; menjadikan berkelompok-kelompok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengelompokkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELAS SOSIAL

Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai

dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi

kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud

kerana manusia biasanya mengelompokkan

masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang

berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat,

keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia

membuat perbezaan kedudukan ini di dalam

fikiran mereka dengan menganggap sesetengah

mereka “lebih baik” daripada yang lain. Ahli sains

sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas

sosial dan menganggap proses pengelompokan

sosial sebagai stratifikasi sosial.

UMUM 
PROTOZOA

Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang

mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan

atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan

protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya

dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai

ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai

haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan

protozoa bersama lain-lain organisma ringkas

dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa

dikenali sebagai protozoologi.

UMUM 

Kembali ke atas