Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : 1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengembang

Puisi
 

Dayang Aspah anak Nualam,
     Mengembang ku bunga kembang tuli;
Ada panasnya bertengah malam,
     Turun embun bertengah hari.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENJIN STIM

Enjin stim ialah sebarang enjin yang beroperasi

menggunakan tenaga daripada stim yang

mengembang. Stim mungkin digunakan untuk

menolak omboh yang akan memutarkan roda

lokomotif berkuasa tinggi ataupun digunakan

untuk memutar turbin besar yang akan

menggerakkan penjana elektrik dan kapal laut yang

besar. Enjin stim turut digunakan dalam pam besar,

penghentak cerucuk, dan pelbagai jenis mesin

berkuasa tinggi lain.

UMUM 
BURUNG LYRE

Burung lyre ialah salah satu daripada burung

yang amat luar biasa di Australia. Ekor burung jantan

besar dan bulu yang mengembang tersusun seperti lyre purba.

UMUM 
ENJIN PETROL

Enjin petrol ialah enjin yang menggunakan

petrol sebagai bahan api. Di dalam enjin,

pembakaran bahan api yang bercampur dengan

udara menghasilkan gas panas yang mengembang

dan menolak bahagian enjin tertentu dan

menyebabkan bahagian-bahagian tersebut

bergerak. Atas sebab ini, enjin petrol dikenali

sebagai enjin pembakaran dalam.

UMUM 
NAGA TERBANG

Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi

kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia

Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20

sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi

meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang

mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal

di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok

untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan

musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap”

pada sisi badannya. Pada musim mengawan,

serangga jantan mengembangkan “sayap” yang

berwarna terang untuk menarik perhatian serangga

betina.

UMUM 
MAHOGANI

Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet

yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai

kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat

perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan

sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk

digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak

mengecut, mengembang, atau meleding seperti

kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya

mempunyai warna dan ira yang menarik, dan

berkilat.

UMUM 
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
NITROGLISERIN

Nitrogliserin, juga dinamakan nitrogliserol, ialah

bahan letupan yang sangat kuat. Formula kimianya

ialah C 3 H 5 (ONO 2 ) 3 . Ia adalah bahan letupan utama

dalam dinamit. Nitrogliserin tulen ialah cecair yang

berat, berminyak yang jernih seperti air. Tetapi

keluaran komersial biasanya berwarna kuning

pucat. Apabila nitrogliserin meletup, ia

mengembang untuk membentuk gas yang

memenuhi 3000 kali lebih banyak ruang daripada

cecair. Letupan nitrogliserin kira-kira tiga kali ganda

sekuat letupan serbuk letupan dalam amaun yang

sama, dan kelajuan letupan adalah 25 kali secepat

kelajuan serbuk letupan.

UMUM 
POKOK KELAPA

Pokok kelapa ialah pokok tinggi meliuk, yang

mengeluarkan buah kelapa. Ia mungkin berasal

dari Asia Tenggara dan Kepulauan Melanesia di

Lautan Pasifik. Tetapi ia telah diperkenalkan ke

semua bahagian tropika dan subtropika di dunia.

Pokok kelapa tingginya dari 12 meter hingga 30

meter. Daunnya besar bak bulu pelepah

mengembang dari puncak batangnya yang tidak

berdahan.

UMUM 
TUKUP GASCara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
PNEUMOTORAKS

Pneumotoraks ialah udara atau gas yang

terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding

dada. Satu membran yang tipis dan berterusan

dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar

paru-paru dan bahagian dalam dinding dada.

Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang

berhampiran rapat pada bahagian dalam dada.

Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan

kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang

udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas

memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian

membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti

udara dan gas yang banyak terdapat di antara

bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru-

paru di bahagian itu tidak akan dapat

mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran

bernafas dan paru-paru akan menguncup.

UMUM 
12

Kembali ke atas