Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : 1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengembang

Puisi
 

Dayang Aspah anak Nualam,
     Mengembang ku bunga kembang tuli;
Ada panasnya bertengah malam,
     Turun embun bertengah hari.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blooming (flower)mengembang (bunga)PertanianAgronomi

Berkaitan dengan peringkat kemuncak pembungaan sesuatu tumbuhan. Tumbuhan berbunga biasanya mengikut musim atau disebabkan rangsangan persekitaran, seperti fotokala yang lebih panjang. Pada permulaan musim berbunga, hanya sebahagian bunga akan mengembang, seterusnya meningkat hingga ke kemuncak musim, diikuti dengan luruhan bunga atau pembentukan buah.

Hirschsprung's diseasepenyakit HirschsprungPerubatanTiadaSuatu keadaan kongenital rektum dan sebahagian kolon yang gagal mengembang dan tidak memindahkan kandungan bowel dan menyebabkan kolon atas mengembang.
Rouget cellssel RougetBiologiHistologi dan SitologiSel bercabang pada luar dinding kapilari, yang boleh mengembang dan mengecut, tetapi pada katak dan bengkarung, sel ini tidak mengembang dan mengecut. bd. perisit.
dilatant fluidbendalir mengembangKejuruteraanKejuruteraan KimiaBendalir yang bersifat seperti bendalir pseudo plastik kecuali nilai tegasan ricihnya meningkat lebih daripada linear dengan kadar tegasan kerana apabila ampaian pekat diricih pada kadar tegasan yang rendah, cecair yang terkandung di dalam ampaian itu bertindak sebagai bahan pelincir. Sebaliknya pada kadar tegasan yang tinggi, ampaian mula mengembang yang menyebabkan tegasan ricih tidak bertukar dengan linearnya. Contoh bendalir jenis ini ialah campuran kanji-air, pasir halus basah, sabun, cat, dan bahan biologi.
provingmengembangPentadbiran PerniagaanTiadaMencampurkan doh roti dengan yis dan kemudian dibiarkan seketika supaya yis dapat bertindak untuk membesarkan doh dua kali ganda.
developmemaju; mengembang; cuci; baikiFizikTiadaTiada
developmemaju; mengembang; cuci; membangunMatematikTiadaTiada
expansive forcedaya mengembangKejuruteraanTiadaTiada
expansive soiltanah mengembangKejuruteraanTiadaTiada
flared intersectionpersilangan mengembangKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas