Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.mu.ka.kan] | مڠموکاکن

Definisi : 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mu.ka.kan] | مڠموکاکن

Definisi : 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza antara mohon dan pohon dalam konteks berikut: "Tuan dipohon mengemukakan....." "Tuan dimohon mengemukakan...."Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.Ejaan18.12.2014
Mohon pencerahan dari segi sturuktur bina ayat: BKKD telah mengemukakan fungsi Bahagian versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerish. atau BKKD telah mengemukakan fungsi Bahagian versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggerish.Ayat yang betul ialah: BKKD telah mengemukakan fungsi Bahagian dalan versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tatabahasa23.01.2017
Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A.Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.Tatabahasa31.10.2011
Mohon mengemukakan contoh penggunaan alamat yang betul untuk surat rasmi. Contoh: Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 MACHANG Kelantan atau Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 Machang KELANTANPenulisan alamat yang betul adalah seperti yang berikut:

Pegawai Daerah,
Majlis Daerah Machang,
18500 MACHANG, KELANTAN.
Lain-lain18.12.2020
Mohon mengemukakan maksud "kesetaraan" beserta dengan contoh ayat dan penggunaan untuk rujukan saya Jasa baik pihak tuan/puan adalah dihargai

Makna07.08.2017
Kami ingin mengemukakan permohonan nama bangunan (pembangunan bertingkat) dan cadangan nama bangunan tersebut adalah "Residensi Convena"? Bolehkah kami tahu adakah ianya dibenarkan? Terima kasih.Untuk makluman perkataan convena tidak mempunyai maksud dalam bahasa Melayu, oleh itu perkataan tersebut tidak boleh digunakan.

Permohonan pengesahan bahasa untuk nama bangunan boleh dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my.
Lain-lain10.06.2020
Saya ingin mengemukakan aduan berkenaan ralat pada halaman PRPM DBP. Hasil carian untuk perkataan Melayu kebanyakannya sudah lenyap dan hanya menunjukkan teks, "Carian kata tiada di dalam kamus terkini." Selalunya hasil carian bagi kata itu akan muncul bersama definisi dalam bingkai kuning. Harap isu ini dapat diselesaikan. Saya lampirkan imej sebagai bukti.Terima kasih atas pemakluman. Kami akan memanjangkan masalah ini kepada bahagian yang berkenaan.Lain-lain12.08.2019
Saya ingin mengemukakan cadangan pertukaran istilah dalam Khidmat Nasihat bagi istilah "outreach program" yang telah dicadangkan sebagai "capaian program". Saya dapati ini tidak menepati hukum Diterangkan-Menerangkan. Saya juga khuatir ini akan menjadi ikutan sesiapa yang ingin merujuk istilah ini kelak. Diharap pembetulan dapat dilakukan. Sekian.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outreach program" ialah program khidmat masyarakat atau program bantuan.Istilah21.09.2016
kami telah mengemukakan permohonan nama pembangunan iaitu "Ophiria" tetapi tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhmya. ophiria diambil dari nama Gunung Ledang iaitu "Mount Ophir". kemudian menggabungkan perkataan "ria" yang membawa maksud bergembira. Oleh itu kami meminta pandangan pihak tuan untuk penggabungan nama ini dan juga maksud mengikut kamus dewan. Terima KasihPerkataan ‘Ophiria’ merupakan campuran bahasa Inggeris (Mount Ophir) dengan bahasa Melayu (ria). Campuran perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris/lain-lain tidak dibenarkan kerana merupakan bentuk yang menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Tidak ada maksud mengikut Kamus Dewan yang berkaitan cadangan nama yang dikemukakan.Tatabahasa11.11.2014
Saya telah mengemukakan transkrip buku ( novel ) kedua saya " Epilog Cinta Asrar ". melalui DBP Kota Kinabalu. Saya telah pun menandatangi surat perjanjian di samping telah menerima royalti pendahuluan beberapa bulan yang lalu. Namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat perkembangan mengenainya. Saya mohon penjelasan.

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa manuskrip novel saudara telah lulus Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan kini berada dalam peringkat penyuntingan. Maklumat adalah seperti yang berikut:

Nombor pendaftaran:  594/2010

Peringkat : Penyuntingan

Editor Projek: Puan Norzanani bt. Kata

                       Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Telefon:  088-439314

 

Lain-lain14.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas