Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEJARAH

Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau

manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai

kejadian masa lampau dan menyediakan catatan

baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan

ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga

dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan

sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan

maklumat tentang kejadian-kejadian dalam

sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian

Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan

benua, bandar, negara dan provinsi.

UMUM 
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?”

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM 
XENOPHON

Xenophon (430? SM – 355? SM) ialah askar, ahli

sejarah, dan penulis Yunani. Sumbangannya yang

paling penting ialah buku mengenai ahli falsafah

Yunani, Socrates dan mengenai sejarah Yunani.

UMUM 
SEMANTIK

Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda

dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan

bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai

bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh

kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau

kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam

filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa,

semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian

sejarah mengenai perubahan makna perkataan.

UMUM 
MOTT, SIR NEVILL

Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British

yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat

pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang

fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah

berkenaan logam dan semikonduktor yang

digunakan untuk membuat transistor. Dia juga

membuat kajian mengenai mekanisme yang

menyebabkan imej pendam (imej yang tidak

berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem

fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat

pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia

mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962.

UMUM 
SHAPLEY, HARLOW

Shapley, Harlow (1885–1972) ialah ahli

astronomi Amerika. Dia menjalankan kajian

penting mengenai kepelbagaian bintang (bintang

yang berubah sinarnya), dan kumpulan bintang

berbentuk sfera yang sering kali berlaku. Kajiannya

tentang kumpulan bintang ini, dinamakan globular

clusters , menyumbang pengetahuan mengenai

Bima Sakti dan galaksi yang lain, seperti Awan

Magellenic.

UMUM 
SPELEOLOGI

Speleologi ialah kajian saintifik mengenai gua.

Ahli sains yang mengkaji bidang ini dikenali

sebagai ahli speleologi. Orang yang menjelajahi

dan memetakan gua kerana hobi digelar sebagai

spelunker. Lihat juga Gua.

UMUM 
AERODINAMIK

 Aerodinamik ialah kajian mengenai daya yang

bertindak pada objek sewaktu ia bergerak melalui

udara atau gas lain. Daya aerodinamik bertindak

pada kapal terbang dan sebarang objek lain yang

bergerak melalui udara. Ahli sains dan jurutera

mengkaji daya aerodinamik kerana daya ini

menjejaskan pergerakan objek.

UMUM 
SAINS KETENTERAAN

Sains ketenteraan ialah kajian saintifik

mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan

dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa

peperangan.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Logistik Tentera darat Tentera udara

Perang Tentera laut

UMUM 
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas