Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
oleh suatu sistem maklumat terautomasi untuk mencapai tahap keselamatan yang mencukupi. dasar keselamatan (Ig. security policy; Br. polisi keselamatan; Id. kebijakan keamanan; kebijakan sekuritas) Set peraturan, petua, arahan, dan amalan mengenai penggunaan prasarana sistem maklumat dalam suatu organisasi. Set peraturan ini meliputi cara suatu organisasi perlu mengurus, melindungi dan mengagihkan maklumat sensitif. dasar keselamatan berasaskan peraturan (Ig. term rule-based security semasa pemaparan. Walau bagaimanapun, dalam proses pengiraan, 4 bit boleh digunakan untuk meningkatkan kepersisan pengiraan. Bit tambahan tersebut merupakan digit pengawal. domain (Ig. domain; Br. domain; Id. ranah) Koleksi fakta mengenai sebahagian entiti atur cara atau bilangan titik rangkaian atau alamat yang dikenali melalui satu nama. Dalam Internet, satu domain mengandungi satu set alamat rangkaian, manakala dalam sistem nama domain Internet

Kembali ke atas