Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.na.i] | مڠناءي

Definisi : 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dendrologydendrologiPerhutananPengurusan HutanBidang ilmu atau kajian mengenai pokok, contohnya mengenai cirri fizikal atau fisiologi bagi spesies pokok.
core descriptionpemerihalan terasKejuruteraanPetroleumCatatan yang sistematik mengenai sampel teras yang diperoleh hasil daripada penggerudian telaga. Kedalaman tempat mana teras itu diambil, batas atasnya, batas bawahnya, serta data mengenai perolehan teras, direkod terhadap kedalaman. Selain daripada itu, maklumat mengenai batuan (pemerihalan batuan) juga direkodkan. Rujuk : pemerihalan batuan.
ecologic studieskajian ekologiKejururawatanTiadaKajian mengenai sifat dan tabiat organisma hidup, khususnya mengenai hubungannya dengan alam sekitar.
pharmacologyfarmakologiFarmasiFarmakologiKajian menyeluruh mengenai sains dan aplikasi klinikal ubat-ubatan yang merangkumi kajian mengenai drug,sumber, sifat, kandungan dan termasuk juga aspek penyediaan, kegunaannya secara terapeutik serta tindakan-tindakan sesuatu drug. Farmakologi merangkumi farmakognosi, farmak:okinetik, farmak:odinamik, farmakoterapeutik dan toksikologi.
visual analysisanalisis visualLandskapTiadaPenghuraian terperinci mengenai aspek pemandangan di sesuatu tempat yang bertujuan untuk mengenal pasti perkara positif dan negatif mengenai pemandangan tersebut. Ini dilakukan bagi membantu proses mereka bentuk atau mengurus landskap kawasan berkenaan.
special theory of relativityteori kerelatifan khasFizikMekanikCabang teori kerelatifan mengenai pencerap yang bergerak dengan halaju relatif malar, dan mengenai postulat-postulat yang merumuskan hukum-hukum alam adalah sama bagi semua pencerap seperti itu.
hydrologyhidrologiHidrologiTiada(1) Sains mengenai air di bumi, kejadiannya, peredaran dan taburannya, sifat kimia dan fizikalnya dan tindak balasnya terhadap persekitarannya, termasuk hubungannya dengan makhluk hidup. (Chow) (2) Sains mengenai proses yang mengawal penyusutan dan pengisiulangan sumber air di daratan, dan yang membincangkan berbagai fasa kitaran hidrologi. (Chow)
metabolomicsmetabolomikHerbaFitokimiaKajian sistematik mengenai cap jari kimia yang unik, yang ditinggalkan oleh proses sel tertentu, khususnya kajian berhubung dengan profil metabolit molekul kecil. Maklumat metabolomik memberikan gambaran yang lebih sempurna mengenai sesuatu organisma. Kajian metabolomik boleh dibahagikan kepada dua, iaitu pencapjarian metabolit dan pemprofilan metabolit.
re-write unitunit pengolahKomunikasiKorporatBahagian dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab membuat dan melaporkan penilaian mengenai sebarang isu atau perkara yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Bahagian ini sangat strategik bagi pengurusan korporat kerana kemampuannya membuat analisis mengenai sesuatu keadaan secara saintifik dan sistematik. Maklumat yang diolah biasanya berasaskan fakta yang dikumpulkan oleh bahagian berkenaan. Maklumat mengenai sesuatu tindakan yang perlu diambil oleh syarikat atau organisasi. Bahagian ini juga berfungsi untuk mengolah semula kenyataan atau keputusan termasuk peraturan dan arahan yang bersifat teknikal ke dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh ahli organisasi. Aktiviti yang dilaporkan oleh bahagian ini boleh membantu syarikat atau organisasi menjimatkan masa menyelesaikan masalah akibat krisis, sama ada antara syarikat dengan pihak luar atau pihak dalaman. Maklumat yang diolah secara bertulis juga boleh membantu menstabilkan perkembangan syarikat atau organisasi berkenaan. Sinonim unit olahan.
blurbsariKomunikasiKorporatMaklumat yang ditulis secara ringkas, padat, dan mengandungi makna mendalam mengenai sesuatu yang ingin ditonjolkan. Maklumat boleh bersifat penjelasan, komentar, pujian, publisiti dan sebagainya. Penulisan jenis ini kerap digunakan untuk menjelaskan kandungan buku, kandungan kursus, atau maklumat mengenai barangan. Kata-kata yang digunakan kerap memberikan makna yang besar dan mendalam. Selain itu, terdapat juga kenyataan yang bersifat tidak menunjukkan penglibatan, kenyataan yang diambil daripada komentar penulis akhbar, dan hasil temu bual dengan individu berwibawa mengenai sesuatu perkara. Matlamat penulisan sari adalah untuk menarik perhatian pelanggan.
12345678910...

Kembali ke atas