Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu lebih gramatis? Mengenakan tindakan atau mengambil tindakan? Pensyarah saya beritahu yang mengenakan tindakan lebih gramatis.

Kedua-dua frasa, iaitu mengenakan tindakan dan mengambil tindakan betul dan gramatis bergantung pada konteks penggunaannya. Kamus Dewan antara lain memberikan makna frasa mengambil tindakan ialah mula bertindak.  Contoh ayat: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan.  1">

Dalam Kamus Dewan, maksud ke-2 mengenakan ialah mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikuti sesuatu peraturan; membebani seseorang dengan sesuatu. Contoh ayat: Sekolah mengenakan tindakan disiplin buang sekolah terhadap pelajar yang didapati bersalah merokok di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa28.09.2018
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama  Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Mohon Pengesahaan bahasa menterjemahkan dari bahasa English ke bahasa melayu. All cheques are to be made payable to The Print Master. We reserve the right to charge interest @1.5% per month if payment is not made within 30 days from invoice date. Semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Terima Kasih
Ayat yang telah dibertulkan adalah  seperti yang berikut:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama The Print Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.


Nama syarikat merupakan nama khas dan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
1) wujudkan perkataan 'mewarna"? 2) pertandingan mewarna? pertandingan warna? pertandingan melukis? (yang manakah frasa yang tepat?)Salam sejahtera,

Tuan,

1. Perkataan mewarna bermaksud  mengenakan warna dan membubuh warna

2. Perkataan yang betul: Pertandingan mewarna dan Pertandingan melukis


Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa23.01.2018
Manakah istilah yang sesuai bagi merujuk proses mengenakan penalti kepada pihak-pihak tertentu disebabkan lewat membuat pembayaran? Sebagai contoh, lewat membuat pembayaran cukai. 1. Pengenaan penalti 2. Kenaan penaltiPerkataan yang sesuai ialah: 1. Pengenaan penaltiMakna10.08.2022
isitilah chetti

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata "ceti" ;1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; ~ haram along; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga).

Istilah12.03.2009
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera?1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai")
2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri"
*Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain-lain12.05.2015
Salam sejahtera DBP, Saya ada soalan-soalan mengenai perkataan "pukul" yang merujuk kepada masa. 1. Adakah ia perkataan yang sama digunakan untuk kata kerja "memukul" contohnya dalam pergaduhan? 2. Apakah etimologi perkataan "pukul" yang merujuk kepada masa? Terima kasih.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat mentakrifkan perkataan "pukul" sebagai i) perbuatan mengenakan sesuatu pada sesuatu yang lain dengan kuat. Contoh ayat: Dia dipukul oleh siapa? ii) bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam; waktu tertentu dalam sesuatu hari. Contoh ayat: Pukul berapa mereka sampai? 


Tatabahasa02.07.2021
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan.

 Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir).

Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti.   

Makna01.08.2008
12

Kembali ke atas