Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengetahui ser­ta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan kepada perkara berikut: ATAU USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara berikut: Mohon penjelasan yang manakah lebih tepat. tqKedua-duanya boleh digunakan. Namun  begitu ayat yang lebih tepat ialah USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara yang berikut:Tatabahasa22.10.2020
saya ingin mengetahui penggunaan yang betul tentang ejaan 'mengenalpasti' atau 'mengenal pasti' (dijarakkan antara perkataan) contoh ayat: kajian ini adalah untuk mengenalpasti/ mengenal pasti kedudukan ekonomi masyarakat bandar di Malaysia. terima kasihEjaan yang betul ialah mengenal pasti.Lain-lain24.11.2015
Saya ingin bertanya sama ada perkataan mengenal pasti ditulis seperti di atas atau menganlpast. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti mengenal pasti. Manakala apabila di buku lain ia dieja seperti mengenalpasti Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah mengenal pasti.Ejaan04.07.2014
mengenalpasti atau mengenal pasti, yang mana betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah mengenal pasti. Perkataan dijarakkan.Ejaan11.05.2013
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Tatabahasa05.07.2012
salam. saya hendak tahu, adakah penggunaan CIRI-CIRI tidak digunakan lagi dan hanya menjadi CIRI sahaja. Contoh: -Mengenal pasti CIRI-CIRI nombor perdana, menjadi - Mengenal pasti CIRI nombor perdana. terima kasih

Ciri-ciri dan ciri boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Sekiranya terdapat kata bilangan di hadapan perkataan 'ciri', perkataan tersebut tidak perlu diulang. Contohnya, banyak ciri, beberapa ciri, semua ciri dan sebagainya. Perkataan 'ciri' dalam konteks ini tidak perlu diulang kerana kata bilangan (semua, banyak, beberapa) telah menunjukkan jamak atau banyak.

Tatabahasa18.03.2011
Salam sejahtera, Yang manakah perkataan yang betul? 1)Menafsir atau mentafsir? 2)Mengenal pasti atau mengenalpasti? Harap dapat membantu. Terima kasih.Ejaa yang betul ialah 1. mentafsir, 2. mengenal pasti.Ejaan14.10.2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan/ Puan, di sini saya ingin bertanyakan tentang cara mudah untuk mengenal pasti kata majmuk. Hal ini dikatakan demikian kerana, saya mempunyai pemahaman yang kurang jelas untuk mengenal pasti sesuatu perkataan tersebut merupakan kata majmuk atau sebaliknya. Jasa budi pihak tuan amat saya hargai, terima kasih.
Proses pembentukan kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima penyisipan unsur lain. Misalnya kata kerusi malas ialah kata  majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain, misalnya "yang". Sebaliknya pinggang mangkuk bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan dengan kata hubung "dan" - pinggang dan mangkuk. Perkataan  kasih sayang juga  bukan kata majmuk kerana boleh disisipkan perkataan lain contohnya, kasih dan sayang. Kasih dan sayang ialah kata adjektif perasaan (rujuk halaman 91). Untuk makluman tuan terdapat juga bentuk kekecualian beberapa kata majmuk yang penggunaannya  sudah dianggap mantap dieja bercantum walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar contohnya, jawatankuasa. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (halaman 72-75). Carian jawapan juga boleh dibuat dengan mengklik pautan Carian Kata. Taip perkataan dan klik butang Cari dan Khidmat Nasihat untuk melihat arkib soalan. 

Tatabahasa09.08.2022
salam,saya nak tahu maksud 'I'm Love Holic', kepastian mengenai perkataan mengenalpasti - mengenal pasti, ibubapa - ibu bapa. terima kasihTidak ada padanan holic dalam sumber rujukan kami. Ejaan yang betul ialah mengenal pasti dan ibu bapa.Ejaan08.12.2011
salam mohon bantuan. ejaan yang betul bagi mengenalpasti atau mengenal pasti? ayat panjang : Objektif 1: Mengenalpasti Kesan Hubungan antara Iklim Keselamatan dan Prestasi Keselamatan dalam Organisasi PembuatanEjaan yang betul ialah  mengenal pasti yang bermaksud mengetahui ser­ta menentukan atau mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pastiEjaan25.03.2020
12345678910...

Kembali ke atas