Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nal.kan] | مڠنلکن

Definisi : membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengenalkan

Peribahasa

Daun mengenalkan pohonnya.

Bermaksud :

Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebab buah dikenal pohonnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mengenalkan banyak kawan di sana. Ayat ini betul?Ayat ini salah.  Ayat yang betul ialah "Saya mengenali banyak kawan di sana".  "Mengenalkan" itu bermaksud membuatkan seseorang kenal akanTatabahasa10.11.2014
Apakah perbezaan di antara pengenalan, latar belakang dan profil?Pengenalan ialah perihal mengenalkan, contoh kad pengenalan; perihal (perbuatan) mengenalkan atau mengenali. Latar belakang ialah pemandangan dll yang menjadi hiasan bagi sesuatu yang utama (gambar); dasar atau asas kepada sesuatu perkara; pengalaman seseorang (pendidikan dll). Profil ialah bentuk atau gambaran sesuatu yang dilihat dari sisinya; gambaran yang menunjukkan kedudukan dalam sesuatu masa; biografi ringkas atau deskripsi.Makna10.07.2008
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih.Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti.  Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka.  Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang  membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi KetigaMakna25.07.2011

Kembali ke atas