Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nang] | مڠنڠ

Definisi : mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nang] | مڠنڠ

Definisi : mengadakan dlm fikiran; memikir: Orang yg sudah pergi jangan dikenang. ~ budi tidak lupa akan budi orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Anak tasik dari hulu,
     Mengenang juga cincin permata;
Malam tadi menahan rindu,
     Makan bersuap si air mata.


Lihat selanjutnya...(51)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan mengenang jasa dan membalas budi? Terima Kasih.Tiada perbezaan ketara antara mengenang jasa dan membalas budi.Kebiasaannya mengenang jasa selalunya dikaitkan dengan jasa yang telah dibuat oleh seseorang. Manakala membalas budi lebih kepada soal yang berkaitan dengan hati budi seseorang.Misalnya disebabkan oleh kebaikan seseorang seperti membantu orang lain dalam kesusahan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang

Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan.

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; 

Makna31.07.2009
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
nama majlis yang sesuai bagi majlis mengenang jasaDalam rujukan kami tiada nama yang khusus berkenaan majlis mengenang jasa. Kami mencadangkan saudara menggunakan "Malam Jasamu Dikenang" atau "Majlis Jasamu Dikenang".Lain-lain18.06.2013
nama majlis bagi mengenang jasaDalam rujukan kami tiada nama yang khusus berkenaan majlis mengenang jasa. Kami mencadangkan saudara menggunakan "Malam Jasamu Dikenang" atau "Majlis Jasamu Dikenang".Lain-lain18.06.2013
....Atas perhatian daripada bapa, kita harus mengenang jasanya. Adakah penggunaan kata sendi nama (daripada) itu perlu wujud dalam ayat di atas.Ayat tersebut betul.Lain-lain29.07.2010
Frasa 'mengimbau kembali zaman persekolahan' sering digunakan. Persoalannya, mengimbau bermaksud memanggil(seseorang), oleh itu adakah maksudnya dikayakan supaya merangkupi maksud kiasan - 'memanggil'(mengenang) ingatan?

Frasa "mengimbau kembali zaman persekolahan" adalah betul penggunaannya. Mengikut istilah dalam bidang umum, istilah “imbau kembali” berasal daripada istilah sumbernya dalam bahasa Inggeris iaitu “throwback”. Imbau kembali membawa maksud mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau. 

Istilah06.05.2020
diingatkan atau diperingatkan?Perkataan ingat bermaksud mengenang sesuatu atau sesuatu yang timbul dalam fikiran. Kedua-dua perkataan tersebut diingatkan atau diperingatkan boleh digunakan mengikut konteks ayat.Tatabahasa18.04.2010
Perkataan mengingati = ingat akan = remember Mengingatkan = memberikan ingat = remind memperingati = mengenang semula memperingatkan??? adakah istilah ini wujud? menurut Kamus dewan, istilah ini wujud bagaimana pula dengan Kamus Tatabahasa? Terima kasihPerkataan mengingati, mengingatkan, memperingati dan memperingatkan adalah betul dan boleh digunakan. Makna dan contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Makna04.10.2012
Maaf cuma ingin tahu. Sering saya dengar di corong-corong stesen radio berebahasa Melayu di Malaysia "mengimbau" (imbau) digunakan deejay untuk mengenang kembali sesuatu. Di saluran tv Indonesia pula pemimpinnya "mengimbau" segenap masyarakatnya untuk memajukan negara. Sebenarnya di mana tepatnya "imbau" ini duduknya? Lagi satu, "justeru". Di media Indonesia tak diertikan sebagai "oleh itu", malah lebih daripada tindakan positif untuk mengatasi hasil yang negatif. Akan tetapi di media Singapura dan Malaysia duduknya seakan-akan "oleh sebab itu". Harap pihak Tuan dapat memberi pandangan. Maaf sekali lagi kerana saya bertanya. Terima kasih, Tuan-Tuan.Untuk makluman saudara, perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang cukup luas sama ada di Malaysia atau Indonesia. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut memang mempunyai makna yang berbeza seperti yang saudara nyatakan.Makna14.08.2007
12

Kembali ke atas