Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nang] | مڠنڠ

Definisi : mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nang] | مڠنڠ

Definisi : mengadakan dlm fikiran; memikir: Orang yg sudah pergi jangan dikenang. ~ budi tidak lupa akan budi orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Anak tasik dari hulu,
     Mengenang juga cincin permata;
Malam tadi menahan rindu,
     Makan bersuap si air mata.


Lihat selanjutnya...(51)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tasik dari hulu, Mengenang juga cincin permata; Malam tadi menahan rindu, Makan bersuap si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaSehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan.
Kurik Kundi Merah SagaMari bermain si anak burung, Dayang Juita berjalan kaki; Mengenang diri tidak berkampung, Menurut saja apa akan terjadi.
Kurik Kundi Merah SagaTuan berkuda saya berunta, Sama kita berjalan kaki; Tuan mengenang saya bercinta, Sama kita menahan hati.
Kurik Kundi Merah SagaSaya berkuda tuan berkuda, Sama berjalan di tanah rata; Tuan mengenang saya bercinta, Sama-sama menahan rasa.
Kurik Kundi Merah SagaRumah ini asam kelubi, Jatuh ke laut timbul tenggelam; Inilah rasa mengenang budi, Rumahku jauh hari pun malam.
Kurik Kundi Merah SagaKalau pasang air di laut, Sampan kolek tarik ke tanjung; Hati mengenang mulut menyebut, Budi adik rasa nak junjung.
Kurik Kundi Merah SagaIni rasa asam kelubi, Jatuh di laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah pun jauh hari pun malam.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh asam kelubi, Hanyut ke laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah jauh hari pun malam.
123456

Kembali ke atas