Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngen.de.ra.i] | مڠندراءي

Definisi : menaiki kereta dll, menung­gang kuda dll: dgn ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngen.de.ra.i] | مڠندراءي

Definisi : menunggang kuda dll; menaiki kereta dll: Dia ~ seekor keldai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendera
Kata Terbitan : mengenderai, berkenderaan, pengendera, kenderaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menaikkan bendera atau menaiki bendera ?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud perkataan "menaiki" ialah memanjat, mendaki; pergi dengan kenderaan, mengenderai, menunggang; memasuki rumah (dengan menggunakan tangga).

Manakala maksud perkataan "menaikkan" pula ialah menjadikan naik; meletakkan barang ke atas kereta, kapal dan lain-lain; men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dan sebagainya); menjadikan bertambah kuat (berkenaan semangat, kemarahan dan sebagainya); menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan. 

Oleh itu berdasarkan keterangan tersebut, jawapan yang sesuai ialah "menaikkan bendera"

Sekiranya tuan/puan ada persoalan bahasa yang lain, puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Tatabahasa02.10.2020
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh?Waalaikumussalam...
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah mela­lui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif.  
Tatabahasa01.04.2019
Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas atau menaiki jejantas. menaiki jejantas boleh? biasanya menggunakan jejantasMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dll), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai atau memasuki rumah mela­lui tangga. Maka ayat yang betul ialah "Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas jalan" atau "Saya selalu menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya"Tatabahasa15.05.2019
1.menaikkan bendera atau menaiki bendera ? manakah yang betul 2. adakah perkataan huruf terakhir adalah k, hanya boleh mengguna men..i contoh duduk - menduduki, naik-menaiki
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud perkataan "menaiki" ialah memanjat, mendaki; pergi dengan kenderaan, mengenderai, menunggang; memasuki rumah (dengan menggunakan tangga).

Manakala maksud perkataan "menaikkan" pula ialah menjadikan naik; meletakkan barang ke atas kereta, kapal dan lain-lain; men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dan sebagainya); menjadikan bertambah kuat (berkenaan semangat, kemarahan dan sebagainya); menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan. 

Oleh itu berdasarkan keterangan tersebut, jawapan yang sesuai ialah "menaikkan bendera"

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP, halaman 207 yang menerangkan perbezaan apitan meN-...-i dan meN-...-kan. 




Tatabahasa30.09.2020

Kembali ke atas