Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nyah.kan] | مڠڽهکن

Definisi : 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan dan diikat di ekor kuda; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, meng­hapuskan, me-lenyapkan: bahan peluntur itu ada kuasa ~ bau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nyah (kata kerja)
Bersinonim dengan pergi, berhambus, lari, nyit, siuh, keluar, sigak;,
Kata Terbitan : mengenyahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nyah, terbitannya mengenyahkan. Nyah toksik, terbitannya mengenyahtoksikkan. Mohon penjelasan.Kata dasar nyah menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Nyahtoksik (dieja sebagai satu perkataan) menjadi menyahtoksik apabila menerima awalan meN-.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 155 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa18.05.2010
Salam, Yang manakah ejaan yang betul, menyahsambung atau mengenyahsambung? Saya sudah cuba untuk memahami isu ini dalam buku Tatabahasa Dewan m/s 155 tetapi saya masih kurang faham. Terima kasih atas bantuan saudara/saudari.

Kata dasar “nyah” menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Mengenyahkan membawa maksud menghalau supaya pergi, menyuruh pergi, menghilangkan, menghapuskan dan melenyapkan. Contohnya mengenyahkan bau, mengenyahhubungkan dan sebagainya. Mohon berikan konteks penggunaan dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan.

Tatabahasa11.11.2020

Kembali ke atas