Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.pam] | مڠڤم

Definisi : mengisi atau menyedut air (angin dll) dgn pam: kami menyewa sebuah pam dan ~ air dr sungai; dia sedang ~ bola kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.pam] | مڠڤم

Definisi : menyedut serta mengeluarkan atau mengisi sesuatu dgn menggunakan pam: ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengepam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Boleh guna "menolak motosikal"? atau mesti menuntun motosikal. 2. "memasukkan angin ke dalam tayar yang pancit" betulkah? atau mesti guna "mengepam tayar motosikal" 3. "membayar harga membaiki motosikal di kaunter bayaran " ada kesalahan dari segi struktur ayat? Terima kasih
1. Menolak motosikal dan menuntun motosikal, kedua-duanya betul. Sila rujuk kamus untuk melihat makna dan konteks penggunaan kedua-dua kata tersebut.
2. Mengepam tayar motosikal.
3. Membayar harga membaiki motosikal, betul kerana harga termasuklah untuk barang dan perkhidmatan.
Tatabahasa28.07.2014
1) To pump or collect breast milk easily. 1) Mengepam atau mengumpul susu ibu dengan mudah. 2) Soft and comfortable to use. 2) Lembut dan selesa dipakai. 3) Small and handy for easy storage to use at home or on the go conveniently. 3) Saiz yang kecil senang disimpan dan digunakan di rumah atau di mana-mana sahaja. 4) Comes with a cover to keep clean. 4) Disertakan dengan penutup untuk menjaga kebersihan. Sekian terima kasih :)Padanan terjemahan yang dicadangkan adalah betul penggunaan bahasanya. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan16.07.2018
Tolong betulkan ayat-ayat yang berikut (a) Saya meminjamkan Ali sebuah buku. (b) Saya mengepam angin ke dalam tayar. (c) Saya mengepamkan tayar dengan anginAyat yang tepat.

1. Saya meminjamkan sebuah buku kepada Ali.
2. Ayat (b) dan (c) tidak boleh dibetulkan.
Tatabahasa21.11.2015
Ayat-ayat yang berikut yang manakah betul dan gramtis? (a) Saya meminjamkan Ali sebuah buku. (b) Ali meminjam buku. (c) Saya mengepam angin ke dalam tayar. (d) Saya mengepamkan tayar dengan anginAntara keempat-empat yang diberikan, ayat yang gramatis ialah:

(b) Ali meminjam buku.
Tatabahasa15.11.2015
Bagaimanakah penulisan perkataan 'bomba' ditulis di dalam sesuatu ayat? Adakah kesemua huruf besar atau huruf 'B' sahaja yang besar? Samada Bomba atau BOMBA?

bomba

  • 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran;

Pengejaan kata bomba adalah seperti yang dieja dalam Kamus Dewan, yang dilampirkan di atas. Jika merujuk Jabatan Bomba, maka huruf besar digunakan bagi huruf pangkal "B", iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sekian, harap maklum.  Terima kasih.

Lain-lain04.02.2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Asma dari Pelajar Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Perbandingan Agama di USIM. Di sini saya ingin menyemak makna dari sudut bahasa dan istilah bagi perkataan kalbu, jantung dan hati. Perkara ini adalah untuk kajian bagi thesis saya. Segala bantuan dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan perkataan biasa dan bukannya istilah. Pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, kami berikan maksud mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4.

- Kalbu bermaksud hati (pusat segala perasaan batin).
- Jantung bermaksud 1. organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan, 2. benda yg berbentuk seperti jantung
- Hati bermaksud organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan.

Makna17.05.2017
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas