Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ring.kan] | مڠريڠکن

Definisi : menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ring.kan] | مڠريڠکن

Definisi : menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Peribahasa

Basuh tangan petap abu.

Bermaksud :

Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah menyembur air sambil (menggilap/mengelap) keretanya sehingga bersih dan berkilat. Sama ada "menggilap/mengelap" diterima sebagai jawapan?

Mengelap menyapu atau mengeringkan dengan kain lap iaitu perbuatan menyapu atau mengeringkan sesuatu daripada keadaan basah kepada kering. Menggilap perbuatan menggosok supaya licin dan berkilat.

Dari aspek ketepatan perkataan, menggilap lebih tepat untuk menjadikan kereta bersih dan berkilat.
Istilah17.02.2014
apakah maksud alat rambut kering?Frasa yang betul ialah pengering rambut  iaitu alat untuk mengeringkan rambut yang basah (selepas mandi dan sebagainya).Tatabahasa30.10.2012
1.apakah maksud perkataan 'tus'?
Menurut data kami, perkataan tus bermaksud bunyi seperti bunyi air menitik; mengetus mengetuskan; mengetuskan mengeringkan (beras yang dibasuh dan lain-lain) dengan membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya; pengetus alat untuk mengetuskan (pinggan mangkuk dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna18.03.2019
Adakah maksud "menyalai" sama dengan "memanggang"?

Mengikut Kamus Dewan “menyalai” bermaksud (1) mengeringkan, mengasapi, memanggang di atas api (2) memanaskan badan dekat api bagi perempuan yang baru bersalin (3) memasang lampu. 

Manakala “memanggang” bermaksud (1) memasak, memanaskan, mendiangkan,  di atas bara api (2) dalam bahasa Minang pula boleh membawa maksud membakar.  Jelas daripada maksud yang diberikan, kedua-duanya berkongsi maksud yang pertama sahaja.  

Makna06.03.2014
Tuan, jika Saya nak mengatakan `menimbakan seseorang dengan ilmu...'Adakah perkataan "menimbakan"wujud ? Sila menjelaskan dan membetulkan ayat Saya sekiranya Salah.Terima kasih.Tidak ada perkataan menimbakan, yang ada ialah menimba. Menimba membawa beberapa maksud, iaitu: 1. mencedok air dari perigi dan lain-lain dengan timba; 2. membuang atau mengeringkan air dari perahu; dan 3. dikiaskan kepada usaha memperoleh ilmu sebanyak mungkin. Frasa yang betul "seseorang yang menimba ilmu...".Makna06.04.2015
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ?
  • mengesat

    1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
  • mengelap

    menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
  • Berdasarkan  makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat.

    Makna02.10.2009

    Kembali ke atas