Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ring.kan] | مڠريڠکن

Definisi : menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ring.kan] | مڠريڠکن

Definisi : menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Peribahasa

Basuh tangan petap abu.

Bermaksud :

Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infrared dryingpengeringan inframerahFarmasiFarmaseutikProses mengeringkan produk farmaseutikal (contohnya granul) dengan menggunakan sinaran inframerah. Proses ini mengeringkan permukaan dengan lebih cepat tetapi tidak berupaya mengeringkan lapisan dalam kerana sinaran tidak dapat menembusi lapisan tersebut.
desiccantdesikan/bahan pengeringPerubatanTiadaBahan kimia yang menyerap molekul air dan mengeringkan persekitarannya. Bahan ini biasanya dimasukkan bersama ubat ke dalam bekasnya untuk mengeringkan udara.
smokingpengasapan; penyalaianPentadbiran PerniagaanTiada1. Pengasapan: Perihal mengeringkan atau memanggangkan sesuatu di atas benda yang dibakar sehingga gas kelihatan keluar berkepul-kepul dari benda yang dibakar.,2. Penyalaian: Perbuatan atau proses mengeringkan atau mengasapi makanan atau sebagainya di atas api.
spray dryerpengering semburKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengering yang menggunakan arus gas panas untuk mengeringkan larutan dan buburan. Larutan atau buburan disemburkan ke dalam satu arus gas panas supaya wap air meruap daripada titisan semburan dan meninggalkan serbuk atau pepejal kering yang mudah diasingkan daripada gas panas. Kaedah ini digunakan untuk mengeringkan produk makanan, detergen, dan bahan yang amat peka terhadap haba.
desiccatemengeringkanKomunikasi MassaTiadaTiada
exiccatemengeringkanPerubatanTiadaTiada
exsiccatemengeringkanPerubatanTiadaTiada
desiccatemengeringkanPerubatanTiadaMenjadikan kering sepenuhnya.
desiccatemengeringkanKesenianTiadaTiada
season (wood)mengeringkan (kayu)PerhutananTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas