Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (me­lakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark meng­usahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, mem­bunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengada­kan serta mengurus majlis perkahwinan dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menggolek batang terguling.

Bermaksud :

Mengerjakan pekerjaan yang mudah.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah ayat yang betul: 1. TOLONG SENYAP AGAR KUSYOK JEMAAH BERSOLAT. 2. TOLONG SENYAP AGAR JEMAAH KUSYOK MENGERJAKAN SOLAT.Ayat yang betul ialah "Mohon senyap agar jemaah khusyuk mengerjakan solat." Ayat lain yang boleh digunakan ialah "Mohon senyap. Jemaah sedang bersolat."Tatabahasa22.11.2013
Adakah penggunaan frasa 'mengerjakan kemewahan' sesuai digunakan kerana biasanya saya menggunakan frasa mengejar kemewahan.Frasa yang tepat ialah mengejar kemewahan.Tatabahasa15.03.2017
amaturOrang yang melakukan @ mengerjakan sesuatu hanya sebagai kegemaran (bukan untuk mencari wang) - lawan profesionalMakna11.02.2009
Penggunaan salutasi Dalam ucapan bagi Perempuan org Kebanyakan yg telah mengerjakan haji, bolehkah menggunakan ' yang mulia pn hajah ... ' ? Yang berbahagia pula untuk siapa? Terima kasih.Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Enku dan sebagainya. Gelaran yang betul ialah Puan Hajah seperti Puan Hajah Azizah Haji Ali. Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang menerima gelaran daripada istana seperti Yang Berbahagia Dato' Aziz.Tatabahasa25.07.2012
maksud peribahasa sikit-psikit lama-lama jadi bukitSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.Makna17.05.2009
apakah kebaikan gotong-royong

Gotong-royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Sudah tentu banyak kebaikan yang kita dapat apabila sesuatu kerja dilakukan bersama-sama. Kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi, meringankan beban kerja yang berat/banyak, menjana ekonomi lebih luas lagi dll.

Lain-lain19.02.2009
Penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan. Apa bezanya?

Perkataan perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga.

Perkataan pelaksanaan bermaksud  proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

Terima kasih.

Makna06.06.2017
APAKAH MAKSUD BADAN KEBAJIKAN?Badan kebajikan ialah kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu perkara  yang membawa kebaikan.Makna07.05.2009
Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih.Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim.Tatabahasa01.11.2012
apa makna perkataan baruah .... leh tolong saya takBarua bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat; kata makian.Makna30.04.2008
12345

Kembali ke atas