Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.sa.kan] | مڠساکن

Definisi : membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.sa.kan] | مڠساکن

Definisi : menjadikan atau menganggap esa (satu): ~ Tuhan mengakui bahawa Tuhan tunggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengesakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI SYU‘IB A.S.

Nabi Syu‘ib a.s. ialah salah seorang daripada

kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha

sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah

SWT, menasihati mereka agar meninggalkan

penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka

agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan

baik.

UMUM 
MUWAHHIDUN, KERAJAAN

Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121

M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah

Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn

Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan

Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka

bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh

digambarkan dengan pancaindera, Allah

mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran

untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata.

Orang yang menyokong konsep menyerupakan

dan menjasadkan Allah menganggap orang

Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan

mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun

sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan

bahawa merekalah sahaja yang benar-benar

beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah

dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya

dengan makhluk.

UMUM 

Kembali ke atas