Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.san] | مڠسن

Definisi : 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.san] | مڠسن

Definisi : 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengesan1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengesan1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengesan1. mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori:Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2. menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu.Kamus Pelajar
nyahpepijatist tindakan mengesan dan menyingkirkan kesalahan yg ada pd perisian dan perkakasan komputer. menyahpepijatkan mengesan dan menyingkirkan kesalahan yg ada pd perisian dan perkakasan komputer.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sensor I(sénsor) alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, penderia: kipas akan hidup sebaik sahaja ~ mengesan bahang berlebihan dlm hidup enjin terutamanya ketika dlm kesesakan lalu lintas yg teruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengesan1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengesan1. alat (spt radar dll) yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2. orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu.Kamus Pelajar
menghidu1. mencium, membaui (tem­ba­kau, bunga, dll): sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3. mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis;Kamus Dewan Edisi Keempat
hidu; menghidu 1. mencium, membaui (tem­ba­kau, bunga, dll): sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3. mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis; terhidu 1. terbau sesuatu dgn tiba-tiba: sedang dia duduk-duduk, dia ~ bau keme­nyan; 2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung: mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun; penghidu orang yg menghidu (membaui) se­suatu kerana ketagih: ~ gam.Kamus Dewan Edisi Keempat
deriaalat perasa (pencium, pendengaran, pe­lihatan, dll): ~ bau; ~ dengar; menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala; kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~; deriaan kesan drpd menderia; penderia alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas