Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.san] | مڠسن

Definisi : 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.san] | مڠسن

Definisi : 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutron detectionpengesanan neutronKejuruteraanTiadaProses mengesan neutron dengan mengesan zarah bercas yang terhasil daripada saling tindak antara neutron dengan nukleus sasaran.
ballottementbalotemenPerubatanTiadaTeknik mengesan benda yang terapung di dalam cecair tubuh. Misalnya, untuk mengesan kehamilan, dan kedudukan ginjal. Bagi mengesan kehamilan, fetus ditonjol dengan jari dari bawah melalui faraj, dan fetus berkenaan akan tertolak ke atas yang akhirnya tenggelam kembali.
troubleshootingmengesan kerosakanPerkakas elektrik domestikTiadaProses mengesan sebarang kerosakan.
anaesthetic testujian anestetikPerubatanTiadaUjian untuk mengesan keberkesanan anestetik yang diberikan, biasanya untuk mengesan keberkesanan anestetik setempat.
rifle microphonemikrofon arahPendidikanTiadaMikrofon yang mempunyai daya mengesan arah dan kepekaan yang tinggi yang berupaya mengesan bunyi selain bunyi dari arah hadapan tiub gangguan mikrofon.
shotgun microphonemikrofon arahPendidikanTiadaMikrofon yang mempunyai daya mengesan arah dan kepekaan yang tinggi, yang berupaya mengesan bunyi selain dari arah hadapan tiub gangguan mikrofon.
gun microphonemikrofon arahPendidikanTiadaMikrofon yang mempunyai daya mengesan arah dan kepekaan yang tinggi, yang berupaya mengesan bunyi selain bunyi dari arah hadapan tiub gangguan mikrofon.
leak detectorpengesan bocorKejuruteraanTiada1. Peralatan untuk mengesan kebocoran dalam sistem vakum yang menggunakan helium.,2. Peranti untuk mengesan tempat berlakunya kebocoran pada sistem vakum tinggi.
leak hunterpencari bocorKejuruteraanTiada1. Peralatan untuk mengesan kebocoran dalam sistem vakum yang menggunakan helium.,2. Peranti untuk mengesan tempat berlakunya kebocoran pada sistem vakum tinggi.
step trackjejak langkahAeroangkasaTiadaStesen pengurusan di bumi untuk mengesan kedudukan satelit langkah demi langkah sambil mengesan kekuatan isyarat yang diterima.
12345678910...

Kembali ke atas