Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.syor.kan] | مڠشورکن

Definisi : mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyaran­kan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.syor.kan] | مڠشورکن

Definisi : mengemukakan se­suatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengesyorkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recommendationmengesyorkanKejuruteraanTiadaTiada
GaiaGaiaKejuruteraanTiadaHipotesis yang mengesyorkan bahawa benda hidup di bumi boleh dianggap sebagai entiti tunggal yang berupaya memanipulasi keadaan alam sekitar untuk memenuhi keperluannya.
corporate social responsibilitytanggungjawab sosial korporatPentadbiranTiadaKonsep yang mengesyorkan bahawa setiap syarikat harus mengambil kita kebajikan masyarakat umumnya dalam segala tindak-tanduknya.
position paperkertas pendirianPentadbiranTiadaDokumen bertulis yang menerangkan atau mengesyorkan tindakan tertentu.
maintenance factorfaktor selenggaraPentadbiranTiadaSalah satu daripada dua faktor dorongan yang mengesyorkan bahawa faktor-faktor seperti gaji, tempat kerja, dasar syarikat, dan lain-lain dapat mendorong pekerja.
PAM (pulse amplitude modulation)PAM (modulasi amplitud denyutan)Teknologi MaklumatTiadaProses yang mewakili isyarat analog selanjar (pertuturan suara) bersama-sama siri sampel analog diskret. Konsep ini berasaskan teori maklumat yang mengesyorkan bahawa isyarat boleh dicipta dengan tepat daripada sampel yang mencukupi.
United Nations Economic and Social Council (ECOSOC)Majlis Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaSalah satu badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Anggotanya dilantik oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut giliran berdasarkan kewilayahan dan tempoh keanggotaannya selama tiga tahun. Fungsi badan ini terbahagi kepada tiga kategori umum. Pertama, membincangkan dan mengesyorkan cadangan dalam isu berkaitan hak asasi manusia, pelarian, pembangunan ekonomi dan sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan, bekalan makanan, pengangkutan dan perdagangan, populasi, dadah, perumahan, keadaan buruh, dan komunikasi. Kedua, melakukan kajian dan membuat laporan yang berkaitan dengan kategori pertama. Laporan ini menjadi sumber maklumat utama yang digunakan oleh kerajaan dan penyelidik persendirian. Ketiga, menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara pelbagai agensi yang terlibat dalam program ekonomi dan sosial antarabangsa. Sinonim ECOSOC.

Kembali ke atas