Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya tentang Korpus DBP. Mengikut semakan saya melalui Laman Web DBP, (http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/76?mid=61), saiz korpus DBP sehingga 25 November 2008 adalah lebih kurang 135 juta perkataan. Saya ingin mengetahui: 1. Setakat 28 Mei 2021, berapakah jumlah perkataan terkini korpus ini? Adakah bahan-bahan sentiasa dikemaskini dari tahun 2008 hingga kini? 2. Berapakah jumlah subkorpus yang terangkum dalam pangkalan korpus DBP? Boleh tuan berikan pencerahan dan butiran setiap subkorpus? Setakat 2021, adakah jenis subkorpus masih kekal sama atau terdapat pertambahan? Saya berharap persoalan ini mendapat respon daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasihSehingga 28/5/2021, bahan-bahan sentiasa dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP dan kini sebanyak 119,326 bahan yang mengandungi 124,743,168 kata.

Bahan dalam subkorpus semakin bertambah.
Subkorpus kekal:
1) Lain-lain - 13 bahan, 75,201 kata
2) Akhbar, 115,530 bahan, 59,267,169 kata
3) Buku, 822 bahan, 27,823,956 kata
4) Majalah, 1,981 bahan, 10,599,710 kata
5) Efemeral, 36 bahan, 110,676 kata
6) Teks Sastera, 801 bahan, 26,206,665, kata
7) Kertas Kerja, 143 bahan, 659,791 kata

Lain-lain28.05.2021
1. Ingin mengetahui kaedah paling pantas mengetahui terjemahan isitilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2. Didapati Kamus Dewan tidak mengandungi isitlah terkini. Dimanakah rujukan isitilah bahasa Melayu terkini boleh diperolehi?Saudara boleh menggunakan lawan sesawang DBP untuk mendapatkan padanan istilah yang dikehendaki dengan segera, sila layari www.prpm.dbp.gov.my, di ruang carian kata taipkan istilah yang hendak dicari dan saudara akan memperoleh data bukan sahaja daripada istilah tetapi dari kamus, artikel, buku, ensiklopedia, peribahasa dan sebagainya.Lain-lain10.11.2010
mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jamSila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam.Tatabahasa15.05.2019
Salam sejahtera, 1. Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut mengenai maksud kata "payung" daripada aspek maksud teras dan maksud pinggiran? 2. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai maksud kata "payung" selain PRPM?Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1637-1638) untuk mengetahui makna "payung" dengan lebih jelas. Makna teras dan makna pinggiran (kiasan) terakam dalam pecahan makna bagi kata ini boleh diperoleh daripada maklumat yang disusun dalam kamus tersebut. Kata "payung" juga mempunyai homonim yang mungkin tidak diketahui ramai orang.

Saudara juga boleh menghubungi Puan Siti Norsuhaila binti Samsudin (03-21479183) di Bahagian Perkamusan, DBP untuk maklumat lanjut.
Makna08.05.2024
sila berikan definisi untuk: pengetahuan pengalaman kemahiranMenurut Kamuas Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan berikut ialah:
1. Pengetahuan -1. perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui,2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan, 3. (ilmu) segala yang akan diketahui atau dipelajari bkn sesuatu
2. Pengalaman - apa yang dialami(dirasai, ditempuh, dll.)
3. Kemahiran - kecekapan, kepandaian,
Istilah23.09.2014
Assalamualaikum. 1. Ingin sekali saya mengetahui tentang bidang-bidang yang berkaitan tentang ilmu Bahasa Melayu di pusat pengajian tinggi di Malaysia ini. 2. Adakah pihak DBP atau pihak lain (kerajaan dsb) yang menentukan disiplin ini (nama bidang yang khusus yang ditawarkan)?

Encik Mohd. Ismail,

Saudara boleh menghubungi pihak universiti  untuk mengetahui bidang yang ditawarkan atau layari laman sesawang ipta berkenaan. Penentuan bidang bagi kursus yang ditawarkan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi dan dan universiti.

Lain-lain25.07.2010
Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih.

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

Lain-lain19.02.2010
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN?Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatuMakna11.08.2007
salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih.Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan:
1. tulisan tebal (bold)
Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk

atau

2. menggunakan tanda petik "..."
"Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk"
Tatabahasa27.03.2023
Salam 1 Malaysia kepada warga DBP. Saya ingin mengetahui kandungan sebenar jumlah kata tunggal, kata terbitan, kata Akronim dan kata majmuk yang terkandung dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbaru. Saya ingin juga mengetahui setiap perubahan jumlah tersebut supaya saya dapat melihat sejauh mana perkembangan bahasa Melayu di negara kita pada masa kini. Berapa jumlah kata dasar, kata terbitan, Kata Akronim dan Kata majmuk yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Saya mengharapkan maklumat yang akan tuan atau puan berikan dapat membantu saya dalam mengkaji sejauh manakah Bahasa Melayu pada masa ini mampu menyaingi bahasa-bahasa lain di dunia. Sekian.Secara khusus, pihak kami tidak ada maklumat yang diperlukan. Maklumat yang ada hanyalah jumlah kata terbitan, iaitu sebanyak 24,180 kata. Jumlah kata masukan ialah 34,578 yang merangkumi kata dasar, kata majmuk, akronim dan sebagainya. Sebahagian kata majmuk juga terdapat dalam frasa  yang berjumlah 24,142 kata. Lain-lain14.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas