Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
histamine testujian histaminaPerubatanTiada1. Ujian untuk mengetahui kadar perembesan gaster, dengan menyuntikkan larutan 1% histamina ke dalam kulit. 2. Ujian untuk menganggar gangguan sistem saraf simpatetik.
ceramic analysisanalisis seramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah analisis khusus terhadap seramik yang dibahagikan kepada 5 kaedah. 1) Analisis kualitatif yang terdiri daripada analisis ukuran lebar, tinggi, tebal, teknologi pembuatan, suhu pembakaran, atribut, warna dan hiasan. 2), Analisis kontekstual, perkaitan jumpaan dengan persekitarannya. 3) Analisis kimia untuk mengetahui komposisi bahan komposisi bahan 4) Analisis mineral untuk mengetahui kandungan mineral dan batuan, dan 5) Analisis radiografi untuk mengetahui struktur bahan.
reconnaisancepeninjauan; tinjauanSejarahTiada1. Perbuatan meninjau atau mengintip pihak musuh untuk mengetahui kekuatan, kedudukan dan lain-lain sebagai taktik peperangan.
filter presspenuras tekanKejuruteraanPetroleum1) Peranti yang digunakan pada ujian sifat-sifat fizikal lumpur penggerudian, misalnya untuk mengetahui sifat-sifat turasannya, sifat-sifat kek lumpurnya dan lain-lain. Di sini, lumpur penggerudian berkenaan ditekan supaya menembusi medium tersebut tetapi juzuk-juzuk padatannya pula akan terlekat pada medium berkenaan. 2) Peralatan yang digunakan untuk mengasingkan lilin dan minyak yang dihasilkan daripada penyulingan lilin parafin. Peralatan ini terdiri daripada plat-plat yang ditutupi oleh kanvas dan disusun dalam siri. Plat-plat tersebut dipisahkan antara satu sama lain oleh gelang-gelang sempit. Sulingan lilin parafin berkenaan dialirkan melalui lubang-lubang sempit dan ditekan menembusi permukaan plat-plat yang ditutup oleh kanvas. Minyak yang dihasilkan pada sulingan lilin parafin boleh menembusi kanvas yang menutupi plat-plat dengan mudah untuk mengalir ke bahagian takungan, sedangkan lilin akan melekat pada kanvas-kanvas.
standardpiawaianSains ForensikTiada1. Ciri suatu bahan uji yang telah diketahui komposisi dan ketulenannya. Contohnya, piawaian jisim molekul yang digunakan untuk mengetahui saiz suatu molekul dalam gel elektroforesis. Dalam pengujian DNA forensik, tangga alel digunakan sebagai piawaian untuk menentukan saiz fragmen DNA yang diamplifikasi. 2. Kriteria yang ditetapkan untuk jaminan kawalan mutu
key clickklik kekunciKejuruteraanTiada1. Isyarat fana yang kadangkala dihasilkan apabila kunci sebuah penghantar radiotelegraf dibuka atau ditutup, dan ia didengari pada pembesar suara atau fon kepala sebagai suatu klik.,2. Bunyi yang dihasilkan oleh komputer tuntuk memboleh pengendali mengetahui bahawa kekunci yang ditekan telah didaftar.
current demandpermintaan arusTeknikElektrik1. Kadar arus minimum yang diperlukan oleh sesuatu beban atau litar akhir bekalan arus ulang-alik. Permintaan arus, I, dapat ditentukan dengan membahagikan kuasa dalam watt beban, W, dengan voltan bekalan, V, iaitu diberikan dalam formula: Dengan mengetahui permintaan arus, saiz kabel dan kadar pelindung arus lebih dapat dikira. 2. Banyaknya kuasa yang perlu dibekalkan pada sesuatu masa.
contrast rationisbah senjangKomunikasiTiadaUkuran nisbah yang digunakan untuk mengetahui tahap kesenjangan pancaran atau pantulan cahaya di antara bahagian cerah dengan bahagian gelap, dengan menggunakan alat jangka cahaya. Dalam televisyen hitam putih, nisbah senjang tidak sepatutnya melebihi 10:1.
botanical samplingpensampelan botaniVeterinarTiadaKaedah pensampelan yang dilakukan untuk mengetahui kandungan jenis-jenis pokok yang tumbuh dan peratus taburannya di suatu kawasan tertentu. Antara cara yang dilakukan ialah dengan meragut menggunakan tangan secara rawak. Contoh rumput dan dedaun yang didapati akan dianalisis jenis-jenis, kandungan kimia dan hasil bahan keringnya. Cara yang lebih sistematik ialah dengan menggunakan kuadrat 1 m x 1 m dan dicampakkan secara rambang. Kandungan spesies direkodkan dan diberi skor atau peratus kawasan yang diwakili oleh setiap spesies dalam kuadrat tersebut. Dengan mengambil banyak sampel, kandungan keseluruhan tumbuhan di kawasan tersebut dapat diketahui dan dinilai untuk tujuan tertentu seperti untuk ragutan ternakan atau untuk kajian suksesi dalam bidang ekologi.

Kembali ke atas