Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : melicinkan kayu dgn ketam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : melicinkan kayu dgn ketam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketam3
Kata Terbitan : mengetam, mengetamkan, pengetam, mengetam, pengetaman, pengetam, mengetam,

Puisi
 

Mengetam padi dalam jerami,
     Angkut-angkut dalam almari;
Kerana sudi akan kami,
     Bila dijemput datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mengetammengetamKesenianTiadaProses meratakan dan melicinkan kayu atau papan ukir sebelum kerja mengukir dibuat dengan menggunakan ketam kayu.
reaperpenuai; pemetikPentadbiran PerniagaanTiada1. Orang yang mengetam atau mengerat sesuatu hasil tanaman.,2. Alat atau mesin yang mengerat atau mengetam hasil tanaman.
spokeshaveketam pelengkukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam yang mempunyai badan yang kecil dan pemegang yang secara relatifnya besar, dan digunakan untuk mengetam dan membentuk permukaan yang melengkung. Terdapat dua jenis ketam pelengkuk, iaitu ketam pelengkuk tapak rata, yang sesuai digunakan untuk mengetam permukaan yang berbentuk cembung, hujung kayu, pendek, dan untuk membentuk permukaan yang bulat, dan ketam pelengkuk tapak bulat yang digunakan untuk mengetam permukaan yang cekung.
jack planeketam pemulaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam untuk kerja am yang ukuran panjangnya 30 dan 38 cm. Ketam ini digunakan untuk mengetam kasar benda kayu sehingga mencapai ukuran yang dikehendaki, dan mengetam bahagian tepi dan hujung kayu yang hendak disambung.
planingmengetamPertanianTiadaTiada
planingmengetamKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses meratakan dan melicinkan permukaan kayu dengan menggunakan ketam kayu atau mesin ketam.
planing millkilang mengetamPerhutananTiadaTiada
thicknesserpenebalKesenianTiadaMesin untuk mengetam kayu bagi mendapatkan ketebalan yang dikehendaki.
surfacingtimbul (Sukan Air)KesenianTiadaProses mengetam permukaan kayu.
lip habittabiat bibirPergigianTiadaTabiat mengetam bibir yang boleh menyebabkan gigi hadapan maksila atau mandibel masuk ke dalam. Tabiat ini sukar dihindari kerana sumber rangsangan iaitu bibir dikawal oleh pesakit. Sekiranya tabiat ini tidak dibendung, susunan gigi akan terjejas dan memerlukan rawatan ortodontik untuk memperbaikinya semula.
123

Kembali ke atas