Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.tu/] | مڠتوق

Definisi : memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tu/] | مڠتوق

Definisi : memukul sesuatu dgn buku jari dll: Sebelum masuk ke dlm bilik itu, dia ~ pintunya beberapa kali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketuk (kata kerja)
Bersinonim dengan pukul, palu, katuk, luku, sekeh, tutuk, tokok, tekek, guguh, getok, renyuh;,
Kata Terbitan : mengetuk, ketukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas.Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan.  2. Abang menonton televisyen sambil meminum air.  3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. Tatabahasa15.03.2010
maksud ayat PERKUSI dan berikan contohxnya sekali, terima kasih.Perkusi: (Ubat) kaedah mengetuk sesuatu bahagian tubuh dgn jari utk mendiagnosis sesuatu penyakit.Makna20.05.2009
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.Tatabahasa16.08.2011
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding.Tatabahasa30.07.2009
Ini bukan soalan tapi komen terhadap jawapan yang diberikan oleh DBP untuk dua soalan berkenaan peribahasa "mengata dulang paku serpih". Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di mana pihak DBP mengatakan versi yang betul ialah "mengata dulang paku serpih". Versi yang betul ialah "memaku/mengetuk dulang paku serpih/ mengata orang dia yang lebih." Baris pertama dalam pantun dua kerat ini ialah pembayang dan hanya untuk memberi rima kepada baris seterusnya. Maka perkataan "mengata" bukan berada di situ. Dari segi logiknya, mana mungkin kita "mengata" dulang? Satu lagi, ia adalah juga logik apabila memaku dulang, paku akan menjadi serpih. Sila membuat pembetulan di atas jawapan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.Jawapan Khidmat Nasihat Bahasa merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu, susunan Abdullah Hussain. Mungkin pendapat tuan ada benarnya dan kami boleh menerima setelah ada dapatan/kajian yang mengesahkannya serta dibuat pindaan dalam kamus/buku peribahasa susunan terbaharu. Lain-lain24.02.2012
Salam Sejahtera, pihak DPB. Setelah memahami konsep frasa nama, saya kembali keliru lagi apabila diminta mencari frasa nama dalam petikan cerpen. Saya ingin meminta kepastian daripada pihak DBP untuk mengenal pasti 4 frasa nama dalam petikan contoh dibawah supaya saya boleh membandingkannya dengan jawapan yang saya telah dapatkan: Terpegun sejenak Mariah apabila sampai di hadapan rumah ayahnya. Dia menoleh sejenak ke arah kereta suaminya yang sudah pun bergerak keluar untuk menjemput dua orang anak perempuannya di pusat tuisyen. Kereta ayahnya tidak ada. Tentu ayahnya keluar. Namun, hatinya mengatakan kereta itu mungkin dibawa oleh abangnya, Borhan. Mana mungkin! Abangnya sudah mempunyai kereta, tetapi mungkin kereta Abang Borhan rosak. Dengan anggapan itu, Mariah terus masuk ke dalam rumah ayahnya tanpa mengetuk pintu.Frasa nama yang terdapat dalam petikan tersebut seperti yang berikut: 1) rumah ayahnya 2) kereta suaminya 3) Kereta ayahnya 4) kereta Abang BorhanTatabahasa06.10.2017

Kembali ke atas