Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengeyakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengiyakan dan mengeyakan. Apakah perbezaan dua perkataan ini?Kata terbitan yang betul ialah 'mengeyakan', daripada kata dasar 'ya' menerima awalan menge-..., menjadi mengeyakan.Tatabahasa11.04.2011
mereka hanya mengeyakan kata-kata Abang Long agar tidak berlaku kehancuran dalam hubngan kekeluargaan. tuan, saya tidak memahami mengapakah kehancura adalah salah digunakan?

Kehancuran bermaksud kebinasaan atau kemusnahan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan lain yang lebih sesuai ialah keretakan.

Tatabahasa03.08.2011
Apakah perbezaan makna perkataan mengiakan dan mengeyakan?Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu?.perkataan mengiakan lahir daripada kata dasar 'ia' manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar 'ya' membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu.Perkataan 'ya' yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- 'mengeyakan'.Oleh yang demikian kedu-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Tatabahasa03.05.2007
Soalan yang lepas: Apakah bezanya antara mengeyakan dan mengiyakan? Bagaimanakah kita menggunakan perkataan di atas? Jawapan yang diberikan oleh pihak tuan: Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut fungsi kata, kedua-dua kata ini terdapat sedikit perbezaan. Kata mengiakan berfungsi sebagai perkara atau keterangan yang dipersetujui. Manakala, mengeyakan pula, berfungsi apabila seseorang itu diminta menyatakan atau mengatakan sesuatu perkara yang perlu dipersetujui. Soalan baharu saya: Sila berikan contoh-contoh yang jelas bagi perkataan "mengiakan" dan "mengeyakan" berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan seperti di atas. Contoh-contoh yang jelas amat penting untuk membantu para murid dan pelajar. Terima kasih.Kata terbitan mengeyakan dan mengiakan membawa maksud yang sama, iaitu membenarkan. Perbezaan adalah daripada binaan kata yang berbeza, iaitu mengeyakan daripada kata "ya" menerima apitan menge-...-kan, manakala mengiakan daripada kata "ia" (makna kedua) menerima apitan meng-...-kan. Berdasarkan data korpus penggunaan kata mengiakan jauh lebih banyak daripada mengeyakan.Tatabahasa11.06.2015
Tuan, Yang mana betul penggunaannya, 'mengeyakan' atau 'mengiyakan' , 'seia' atau 'seeya'?Kedua-duanya betul, kata mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia).Tatabahasa16.12.2011
1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ?

1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air.

2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan.

3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia).

Tatabahasa04.05.2011
1. Respon kepada soalan saya yang lepas iaitu jika 'ya' merupakan kata pembenar, apakah bentuk kata terbitan 'ya' sekiranya digabungkan dengan imbuhan apaitan 'meN-...-kan'. Adakah 'mengeyakan', 'mengyakan' atau 'mengiakan'.( dengan membawa maksud bersetuju dengan pendapat orang lain) 2. "Saya" merupakan bentuk kata ganti nama diri orang pertama. Bagaimana pula dengan 'adik saya', 'abang saya' dan 'ibu saya'?. 3. Apakah bentuk ayat pasif bagi ayat aktif di bawah? i) Ibu saya menanam sayur di belakang rumah.1. Kata terbitan daripada perkataan ya ialah mengeyakan, jika perkataan ia menerbitkan perkataan beria-ia barulah menghasilkan perkataan mengiakan.
2. Saya ialah kata ganti nama diri pertama, manakala abang saya dan adik saya ialah frasa (bukan kata ganti nama diri).
3. Sayur ditanam ibu di belakang rumah.
Tatabahasa03.03.2012
Salam tuan/puan, Boleh sahkan ejaan untuk perkataan-perkataan berikut: 1)iyakan 2) mengiyakan Terima kasihMenurut Kamus Bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah mengeyakan yang bermaksud mengatakan ya, membenarkan, atau menyungguhkan.Ejaan12.03.2019

Kembali ke atas